Oleh : AZMAN ARIFFIN
ANTARA Kematangan Politik, Retorik & Keliru, keberanian penulis mempersoal dan mengecam keputusan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim; menyebabkan penulis diasak dengan pelbagai tuduhan yang antara lain, membawa maksud laman ini adalah topeng kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Kononnya kami menggunakan pendekatan psikologi untuk mengelirukan pembaca. Percayalah, tidak ada seorang pun dari kami yang mempunyai kelulusan dalam bidang psikologi.
Penulis mewakili rakan-rakan yang lain dalam suara pakatan rakyat ingin menyatakan, ketika kami membuat keputusan untuk menjadi suara pendesak dari dalam, risiko dituduh sebagai talibarut UMNO/BN memang sudah dalam perkiraan kami.
Maka itu tagline 'Kritis, Berani, Telus' menggambarkan konsep perjuangan kami dalam mempertahankan Pakatan Rakyat di alam maya.
Lagipun, laman-laman web dan blog yang menyokong semua keputusan pimpinan tanpa soal ini sudah berlambak, Pakatan Rakyat perlukan pembaharuan dalam mencapai kematangan berpolitik yang diinginkan banyak pihak di negara ini.
Sebetulnya untuk makluman semua, ini bukanlah kali yang pertama.
Ketika penulis mempersoalkan tindakan PAS yang lambat mengambil tindakan ke atas Datuk Dr. Hasan Ali yang lantang mengkritik pemimpin dan dasar parti tersebut pun kami telah menerima kritikan dan kecaman yang serupa.
Hanya setelah Hasan Ali disingkir dari PAS, barulah berbondong-bondong kecaman ditujukan kepadanya, perkara yang sudah kami lakukan dari awal lagi.
Kenapa sebelum Hasan Ali disingkir, majoriti (bukan semua) pengendali blog yang mendakwa diri masing-masing ‘penyokong kuat’ Pakatan Rakyat ini mengelak untuk mempersoalkan Hasan Ali dan membiarkan kerosakan demi kerosakan dilakukannya dari dalam? Kenapa tidak bersuara pada ketika yang sesuai?
Ada juga yang menuduh kami sebagai agen Anwar Ibrahim, penulis ingin katakan bahawa kami memang cenderung untuk menyokong Anwar tapi atas alasan yang baik.
Pada kami, sebelum beliau, semua cubaan untuk menyatukan 3 parti pembangkang utama di Malaysia ini tidak pernah menjadi kenyataan.
Kita pernah mencuba dengan meletakkan Tengku Razaleigh (Kuli) dan parti Semangat46 pimpinannya pada 1990. Tapi Kuli mengkhianati kepercayaan itu dengan membubarkan Semangat46 dan kembali menyertai UMNO pada 1996.
Masalah paling utama ialah perbezaan idealogi antara PAS dan DAP. Datuk Seri Anwar berjaya mengenepikan perbezaan ini dan menyatukan kesemua parti ini sehingga berjaya membentuk kerajaan di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, disamping menguasai 82 kerusi parlimen dalam pilihanraya umum 2008.
Pendek kata, impian menumbangkan BN di Malaysia ini menjadi cerah dengan Anwar.
Tapi untuk mengatakan Anwar tidak pernah dikritik pun, tidak betul juga. Buktinya kami pernah mempersoalkan kewajaran beliau membiarkan Karpal Singh menggunakan strategi pembelaan yang salah dalam kes perbicaraan liwat yang dihadapinya di mahkamah!
Apapun, penulis ingin katakan bahawa komitmen kami kepada perjuangan Pakatan Rakyat, buku Jingga dan sebagainya tidak pernah berubah. Cuma kami memilih pendekatan berbeza dalam menyatakan pendirian kami kurang bermain retorik, kami kurang menjawab soalan dengan soalan.
Bercakap tentang retorik politik, penulis ada satu contoh yang menarik untuk dinilaikan pembaca.
Apabila Ahli Parlimen Pokok Sena YB Datuk Mahfuz Omar mengecam tindakan Najib Razak menghadiri Hari Thaipusam di Batu Caves, beliau terlupa yang Datuk Seri Anwar juga menghadirkan diri ke Majlis Ponggal di Kuil Sri Maha Marriamman, Perak 2 minggu lebih awal sebelum Thaipusam.
Bila hal demikian berlaku, pendekatan bagaimana yang biasa dipilih untuk menjawab?
Paling bodoh pun mengatakan satu Thaipusam, satu lagi Ponggal, berbeza ejaan. Tapi masalahnya bukan ejaan, masalahnya seluruh negara tahu Thaipusam dan Pongal masuk dalam kategori yang sama; upacara keagamaan hindu yang disebut Mufti Perak, Tan Sri Harussaini untuk mengecam Najib.
Terus terang penulis nyatakan disini yang kami akan mengambil pendekatan mengkritik Mahfuz kerana mengutarakan isu yang boleh digunakan musuh Pakatan Rakyat untuk menyerang kita kembali walaupun itu mungkin ditafsirkan sesetengah pihak untuk melindungi Najib!
Kami seboleh-bolehnya cuba mengelak dari menggunakan pendekatan biasa dan lama. Tidak salah kalau kelihatan kritikal sedikit kalau dalam masa panjang tidak ada siapa boleh mengambil peluang menuduh kita taksub tidak tentu pasal.
Kalau kerana itu pun kami dituduh talibarut BN, maka kami redhalah dengannya.
Kami akui, tidak ada siapa yang mampu memuaskan hati semua pihak dan kami juga bukan yang pertama, Raja Petra Kamarudin (RPK) sebagai antara yang paling awal mempertahankan pakatan pembangkang di Malaysia (sehingga keluar masuk penjara) pun tidak terlepas dari tuduhan sama.
Dibandingkan dengan RPK, siapalah kami.
Walaupun ada seketika PRK menyokong Pakatan Rakyat, tapi sesetengah masa beliau juga menghentam mereka apa bila PR semakin tidak serius menghadapi perjuangan mereka.
ReplyDeleteBila dikritik oleh RPK, PKR semakin tidak gembira dengannya. Sebenarnya mereka seharusnya menerima kritikan tersebut untuk membaiki kelemahan diri.
ReplyDeleteAll I can say is this: Agree to disagree.
ReplyDeleteShould a constructive criticism can bring a huge positive impact regarding the party in question, then why should this form of criticism be silenced?
ReplyDeleteTulisan yang bukannya fakta adalah satu pendapat si penulis. Tidak ada paksaan untuk pembawa menyokong dan tidak menyokongn pendapat itu.
ReplyDeleteIanya terpulang kepada budi bicara pembaca.
DeleteKepada pembaca pandai2 la menilai sesuatu penulisan.
ReplyDeletePakatan Rakyat memang perlukan pembaharuan dalam mencapai kematangan berpolitik mereka.
ReplyDeletepolitik pembangkang dilihat tidak matang, jadi perbaikilah ia.
ReplyDeleteKeberanian penulis mempersoal dan mengecam keputusan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim..
ReplyDeleteKenapa pula tidak berani kalau sudah nampak salah Anwar namun Nik Aziz seperti was-was dengan perkara ini. Bukankah Nik Aziz PAS ini memperjuangkan hak islam dan negara islam.. Apa yang Anwar buat itu untuk apa sebenarnya??
begitulah halnya dalam dunia Pakatan pembangkang.. jika ada apa2 yang tidak kena pasti dituduhnya talibarut BN.. seolah2 dalam pakatan juga tidak wujud kebebasan bersuara.. apa saja kritikan yang dilemparkan terhadap parti, pasti yang dipersalahkan ialah pihak yang mengkritik..
ReplyDeletepemecatan Hassan Ali juga membuktikan bahawa Pakatan tidak mengamalkan kebebasan bersuara.. mana2 pemimpinnya yang membuat kenyataan bertentangan dengan kehendak parti, pasti akan dihukum..
ReplyDeleteBenarkah Anwar boleh jadi PM?
ReplyDeleteMasing-masing punya pandangan dan penerimaan yang berbeza tentang artikel yang ditulis itu.
ReplyDelete