Oleh : AZMAN ARIFFIN
GESAAN Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar Datuk Dr. Hasan Ali meletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia pada pemerhatian penulis adalah satu gesaan yang tidak kena pada tempatnya, umpama memijak kepala orang yang baru sahaja ditolak jatuh dari tangga.
Tujuan pemecatan Hasan Ali adalah jelas, dia sudah tidak dimahukan lagi di dalam PAS kerana sikapnya yang jelas bertentangan dengan pendirian parti sebagai komponen di bawah Pakatan Rakyat, termasuk mempersoalkan perubahan dasar perjuangan parti yang telah dipersetujui di dalam Muktamar PAS 2011.
Pengkhianatan Hasan Ali kepada perjuangan baru PAS adalah sangat tidak boleh diterima, maka itu proses pemecatannnya juga begitu ‘unik’. Unik dalam erti kata Hasan Ali tidak dihadapkan ke Jawatankuasa Displin parti dan kesnya diperdengarkan untuk pertimbangan seperti mana biasa.
Pemecatan Hasan Ali sebagai Exco Selangor juga dibuat tanpa terlebih dahulu menunggu rayuannya didengar oleh PAS. Semua itu sahaja bermaksud Hasan Ali perlu disingkirkan dengan serta merta, walaupun termasuk ‘melanggar’ semua peraturan yang ada.
Sementara masih ada segelintir ahli PAS yang mempersoalkan kewajaran tindakan yang begitu drastik diambil terhadap Hasan Ali, kenapa Tuan Ibrahim mahu memburukkan keadaan dengan menggesa Hasan Ali supaya meletakkan jawatan sebagai ADUN pula?
Lagipun dengan pengosongan kerusi tersebut, tiada pilihanraya kecil boleh diadakan kerana tempoh penggal DUN telah melepasi 2/3 dari keseluruhan 5 tahun.
Semua ini hanya akan memburukkan lagi keadaan yang ‘sedia buruk’ dengan pemecatan Hasan Ali (dari segi prosedur). Simpati rakyat kepada Hasan Ali akan bertambah dan jelajah ceramahnya akan mendapat sambutan yang lebih hebat lagi.
PAS? Rakyat melihat PAS sebagai parti yang berdendam dan keadaan ini amat bahaya kepada kelangsungan politik PAS. Sudahlah pelbagai kaji selidik yang dibuat kebelakangan menunjukkan orang Melayu semakin menjauhi PAS.
Pada penulis, Hasan Ali dan PAS sudah menjadi sejarah, sekarang yang penting ialah melihat ke hadapan, bukan menoleh kembali ke belakang.
PAS harus selesaikan masalah dalaman sebelum menumpuhkan kepada masalah yang ada dalam PR
ReplyDeletePeluang PAS di Sabah untuk menang 1 kerusi sangat tipis
ReplyDeleteTapi jika Hasan Ali bertegas tidak meletak jawatan dalam sebagai DUN, apa yang boleh dilakukan oleh PAS?
ReplyDeleteitu hak Hassan Ali untuk terus menjadi Adun atau tidak, tiada yang berhak memecatnya.
DeletePAS perlulah menagani konflik dalamam mereka sendiri dan pastikan ia tidak menjejaskan perjuangan mereka dalam PRU-13.
ReplyDeleteThe rifts within the party needs to be resolve among themselves.
ReplyDeleteHassan Ali bukan lagi ahli Pas, jadi tak perlu perbesarkan lagi hal ini.
ReplyDeleteparti yang berteraskan agama sepatutnya memberikan contoh yang terbaik.
ReplyDeleteTidak apalah mungkin Hasan Ali ada tempat yang terbaik untuk memperjuangan perjuangan beliau.
ReplyDeletekadang kala, kepimpinan PAS perlu mendengar dan menerima pandangan pemimpin2nya.. apa gunanya PAS melaung2kan kebebasan bersuara jika kepimpinan parti sendiri menyekat kebebasan bersuara??
ReplyDeletepemecatan Hassan Ali tidak akan menyelesaikan masalah PAS.. malah akan mendatangkan masalah kepada PAS..
ReplyDeleteHassan Ali suka keluarkan kenyataan yang menimbulkan provokasi.
ReplyDelete