Wednesday 29 February 2012

KERAJAAN BN PEMBULI RAKYAT?



Oleh : HAFIZ JAMAIL

BANGKAI gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru dan begitulah hakikat yang terpaksa diterima oleh Ahli Parlimen Kinabatangan dan Adun Kuamut apabila rakyatnya memberontak dan melemparkan 'boomerang' menuduh mereka sebagai 'pembohong dan pengkhianat!'

Baru-baru ini, di Mahkamah Tinggi Sandakan, Wakil penduduk kampung yang terlibat dalam pertikaian tanah dengan Corak Nakhoda Sdn.Bhd, Liwen menuduh Wakil Rakyat mereka yang menjadi dalang mereka dihadapkan ke mahkamah sekali lagi setelah mengingkari perintah mahkamah agar keluar daripada tanah yang mereka duduki selama ini.

Menurut Liwen, mereka dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Sandakan oleh Syarikat Corak Nakhoda Sdn. Bhd kerana penduduk enggan keluar dari tanah adat seluas 17 ribu ekar yang didakwa milik Corak Nakhoda.

"Kami sudah tinggal dan mewarisi tanah adat ini daripada nenek moyang kami sejak 150 tahun lalu. Sebelum kes ini berlangsung, kami telah menjemput kedua wakil rakyat ini untuk tampil menyelesaikan masalah kami, tetapi malangnya mereka memihak kepada Corak Nakhoda," kata Liwen dengan nada kesal.

Menurut Liwen, kedua wakil rakyat tersebut menasihati dan mempengaruhi penduduk kampung agar jangan menentang Corak Nakhoda yang dimiliki oleh tiga entiti perniagaan iaitu Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah, Dewan Perniagaan Tiong Hua dan Dewan Perniagaan Kadazandusun.

"Beginikah nasihat wakil rakyat BN yang telah diberi mandat oleh penduduk yang di timpa masalah? Jangankan mahu menyebelahi kami, malah memihak kepada penceroboh tanah adat kami. Ketua Menteri perlu fikir 20 kali sebelum mahu pilih mereka sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang," kata Liwen.

Menurut Liwen, sebelum kemunculan Corak Nakhoda, mereka menjalani kehidupan dengan aman dan harmoni di empat buah kampung iaitu Kg.Kiandongo, Kg Sogo-Sogo, Kg Kiliwotong dan Kg Malagatan Kecil.

Walaupun sudah berpuluh kali dipohon, kata Liwen, ada di antaranya sudah mendapat pengesahan Jabatan Pertanian, namun Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) tidak memproses permohonan tanah mereka.

"Kami disuruh sahaja tunggu kelulusan, tetapi tiba-tiba kami dapat tahu tanah adat kami diluluskan kepada Corak Nakhoda dan terus menghadapi kemelut berpanjangan sehingga ke hari ini," ujar Liwen lagi.

Dalam kejadian terbaru di Mahkamah Tinggi Sandakan, kata Liwen, mereka terpaksa berhadapan dengan tindakan saman yang difailkan oleh Corak Nakhoda setelah perundingan dan persetujuan yang dijalankan sebelum ini dimungkiri oleh Corak Nakhoda.

"Oleh kerana kes masih berjalan, saya tidak boleh cakap banyak kerana bimbang akan mengganggu prosiding mahkamah," ujar Liwen yang berikrar akan berjuang berhabis-habisan mempertahankan tanah adat mereka sekalipun Peguam Besar Sabah, Datuk Roderic Fernandez menegaskan bahawa tanah NCR tidak lagi wujud selepas 1930.

Menurut Liwen, jika kerajaan BN tidak dapat mengembalikan hak mereka, maka tidak ada salahnya mereka menukar Kerajaan BN yang kini menjadi penindas dan pembuli rakyat kepada kerajaan baru yang lebih prihatin terhadap rakyat.

15 comments:

  1. sudah banyak wang penduduk habis untuk naik turun mahkamah. semoga usaha mereka ntidak sia2 dalam memperjuangkan hak tanah mereka.

    ReplyDelete
  2. semoga hak2 tanah penduduk dapt dipertahankan.

    ReplyDelete
  3. Mengenai masalah rampasan tanah ini akan diselesaikan secepat yang mungkin. Tambahan lagi kerajaan Negeri dalam perbincangan serius mengenai rampasan tanah ini.

    ReplyDelete
  4. mustahil kes ini tidak boleh menang di mahkamah jika ada bukti2 yang menunjukkan bahawa tanah itu adalah tanah NCR..

    ReplyDelete
  5. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said he will invite Sabah Barisan Nasional (BN) component leaders and experts to give their views on Sabah Native Customary Rights (NCR) land issues soon. He said the State Cabinet discussed the issue at length during its meeting at Wisma Innoprise. "We will also have a full briefing and discussion with the directors of Land and Survey Department and Forestry Department," said the Chief Minister.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He said the meeting to obtain the views of the BN component leaders was a follow-up on his earlier promise. The NCR land issue became a hot topic among Sabah BN coalition partners after State Attorney-General Datuk Roderic Fernandez came out with a statement saying that no fresh NCR land can be created after 1931.

      Delete
    2. Nevertheless, his statement did not go down well with certain quarters that saw protem head of the Pusat Sumber Adat and Mediasi Kaum Anak Negeri (Pusaka, Sabah), Martin Idang, issue the first rebuttal.

      Delete
    3. Idang said the question of whether Native Customary Rights are recognised by Malaysian law is contained within the tenets of the law. "The Federal Court, in fact, has recognised that NCR pre-exists legislation."As a matter of law, NCR can only be extinguished through a specific provision contained within the legislation," he said.

      Delete
    4. Following this, Upko President, Tan Sri Bernard Dompok described Fernandez's statement as a "destructive statement". Unlike in Sarawak, he said there was no cut-off point with regard to NCR land in the context of Sabah.

      Delete
  6. In the Sarawak Land Code, new NCR rights could not be established after 1958 (Section 5, Sarawak Land Code).

    ReplyDelete
    Replies
    1. PBS Deputy President, Datuk Dr Maximus Ongkili said although it was for the courts to decide if it comes up, based on previous decisions, it was consistent that customary rights can be established within the land ordinance.
      "Otherwise all decisions of the court would have been wrong," he said.

      Delete
    2. President of Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup, said the A-G must be made aware that rights over customary land tenure are the basic tenets of native life being the sons of the soil of this land.

      Delete
    3. He said Fernandez as the State A-G should be more careful especially when his advice has the effect of taking away the basic rights of the natives.

      Delete
    4. Musa issued a statement that the State Government would look for the best solution that results in a win-win situation for all.

      Delete