Wednesday, 8 February 2012

PASIR SUNGAI, KENAPA JAS MEMBISU?

VIDEO KLIP PASIR SUNGAI

Oleh: HAMZAH ABDULLAH

KENYATAAN Datuk Osman Jamal bahawa satu mekanisme sedang dalam pertimbangan bagi mewujudkan situasi menang-menang berkaitan hak pengeluaran pasir sungai yang diberikan kepada SEDCO, yang diketuai oleh Datuk Ariffin Ariff, masih belum memberi jawapan dan penyelesaian kepada persoalan pokok.

PAS Sabah bertanya kepada Osman Jamal, siapakah yang akan menang dalam pengurusan pengorekan pasir sungai yang sudah semestinya bakal melibatkan keselamatan penempatan sebahagian besar penduduk negeri ini yang tinggal di tebing sungai dan pesisir pantai?

Apakah SEDCO dan kontraktor kroni yang menang besar dengan mengaut keuntungan di atas kemusnahan alam sekitar yang diyakini pasti berlaku disebabkan kerakusan pihak kontraktor yang mengenepikan ciri-ciri pemuliharaan alam sekitar selepas kerja-kerja pengorekan selesai?

Realiti ini berlaku dalam kes FMU ketika Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah, iaitu syarikat-syarikat yang diberikan hak penanaman semula kayu-kayu balak, sebaliknya hanya mementingkan diri mereka sendiri dengan melakukan penebangan balak yang memberi pulangan ratusan juta ringgit dan mengabaikan perjanjian tanam semula.

Atau, sebagaimana yang dilakukan di Selangor, rakyat Selangor juga turut mendapat habuan daripada aktiviti pengeluaran pasir yang diusahakan sendiri oleh syarikat GLC Selangor, apabila keuntungan hasil dari penjualan pasir ini diageh-agehkan kepada golongan warga emas dan mereka yang layak menerimanya.

Kalaulah situasi menang-menang yang sedang diusahakan oleh Osman Jamal berkaitan aktiviti pengorekan pasir ini mengenepikan kebajikan rakyat Sabah, maka orang tertentu jugalah yang menang besar dan rakyat Sabah hanya tinggal gigit jari melopong melihat pemusnahan penempatan mereka oleh kontraktor-kontraktor kroni.

PAS Sabah juga mengajukan persoalan penting kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sabah. Kenapa Pengarah JAS berdiam diri di atas peranan besar mereka dalam aktiviti pengorekan pasir dan aktiviti yang berkaitan dengannya, seperti kes pemusnahan Bukit Sin On di Tawau baru-baru ini dan pemusnahan kaki bukit Silam di Lahad Datu oleh Fordeco Construction (Silam Quarry) iaitu anak syarikat Kwantas Corporation Berhad?

JAS adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi membuat kata putus (final decision) terhadap semua aktiviti yang dinyatakan dan bukannya Osman Jamal atau Ketua Menteri Sabah.

Di bawah Seksyen 34A Akta Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling), 1987, semua aktiviti tersebut mesti menyediakan kajian EIA terlebih dahulu sebelum sesuatu kerja tanah boleh dimulakan.

Kegagalan mematuhi peraturan ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 34A (8) Akta tersebut dan boleh dikenakan denda atau hukuman penjara atau kedua-duanya sekali.

Sila JAS berikan jawapan kepada masalah pokok yang menghantui masyarakat Sabah sejak bertahun lamanya.

10 comments:

  1. Diharapkan situasi menang-menang dalam isu monopoli pasir ini akan ditemui supaya semua pihak akan rasa gembira dengan persetujuan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap isu ini dpt diselesaikan, perbincangan secara baik perlu dilakukan.

      Delete
  2. JAS memainkan peranan yang penting untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti pengorekan pasir. Harap mereka akan memberikan perhatian yang sewajarnya adalam kes ini.

    ReplyDelete
  3. pengorekan pasir perlu dipantau kerana ia memberi kesan kepada alam sekitar.

    ReplyDelete
  4. Info may be related to the issue of sand

    16th December, 2011

    KOTA KINABALU: The Sabah Economic Development Corporation (SEDCO) will be given exclusive rights to oversee sand dredging operations in the state effective from June 2012.

    State Land and Surveys Department director Datuk Osman Jamal, said they will work out a proper mechanism and take into consideration the feedback from the operator.

    “During this six months, we will inform the operator about the latest development as we don’t want to make an abrupt decision. In fact, the State Government has agreed in principle to give exclusive rights to SEDCO,” he said, adding that the Sarawak and Selangor governments has also made a similar move.

    The exclusive rights given to SEDCO was one of the 16 resolutions adopted during the roundtable discussion between the Land and Surveys Department and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) at a hotel yesterday.

    The resolution was signed between Osman and MACC’s state director Datuk Jalil Jaafar at the end of the meeting and witnessed by Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, who represented the Chief Minister.

    “The existing operators are still allowed to continue with their operations now until their license expire, after that they will have to liaise with SEDCO and become their agent as the license is renewable once a year. And most of the existing licenses is expected to lapse in one or two years from now” said Jamal.

    He said the reason SEDCO was given exclusive rights was to cut red tape in the department and to also look into the matter of sand theft. In return, SEDCO will pay the department based on the volume of sand dredged.

    Another resolution passed was the call to increase the manpower in the department to clear the backlog on land applications by 2015.

    “We need to increase our staff by 30 per cent as now we only have 65 staff to deal with 30,000 land applications each day,” he said.

    Besides that, he said, the department will launch a mobile counter in the next one or two years in all the districts in Sabah to give information and educate the local folks about land application and transfer of titles, among others.

    ReplyDelete
  5. Harap masalah tu mendapat perhatian daripada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

    ReplyDelete
  6. jika benar JAS berdiam diri, diharap lepas ni mereka akan segera bertindak bagi memastikan perkara ini dapat ditangani dengan segera.

    ReplyDelete
  7. Pemberian kuasa kepada SEDCO ini satu cadangan yang baik sebenarnya. Ini memudahkan pihak ini menjalankan siasatan dan juga memastikan pengurusan yang terbaik dalam hal pasir ini.

    ReplyDelete
  8. macam mana mahu tahu siapa yang akan menang jika mekanisme yang diwar2kan itu masih dalam pertimbangan??

    ReplyDelete
  9. Transparency is needed so that people can know the real process and up to them to see this mechanism is a win-win situation or not.

    ReplyDelete