Wednesday 15 February 2012

PENGUSIRAN HAMZA LANGGAR UNDANG-UNDANG



SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah mencuba tetapi gagal dalam menghalang pengusiran pulang terburu-buru pihak berkuasa Malaysia ke atas wartawan Arab Saudi Hamza Kashgari.

Dalam kenyataan media hari ini, Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Khaw Lake Tee berkata suruhanjaya itu telah membuat rayuan bertulis kepada Menteri Dalam Negeri untuk mempertimbangkan kes Hamza.

Ini, katanya selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan khususnya prinsip bukan-refoulment di mana seseorang yang menghadapi penganiayaan di negara beliau tidak perlu dikembalikan ke negara tersebut.

Justeru, katanya Suhakam 'amat kecewa' dan 'terkejut' Hamza tetap diusir pulang pada Ahad lalu.

“Pengusiran pulang Kashgari akan mempunyai kesan negatif kepada negara kerana telah melanggar undang-undang dan instrumen hak asasi manusia antarabangsa terutama sekali yang termaktub dalam Perkara 3, 10 dan 11 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat," kata Khaw.

Menurut beliau adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjamin bahawa setiap orang mempunyai hak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri mereka.

"(Selain itu), setiap orang adalah berhak secara sama rata kepada perbicaraan yang adil dan terbuka; dan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah mengikut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka," katanya.

Menurut Khaw, Suhakam berpandangan Hamza telahpun dinafikan hak-hak tersebut di mana kes beliau telah menarik tajuk-tajuk utama media antarabangsa.

Sehubungan itu, katanya, Suhakam mengulangi seruan kepada kerajaan, sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, agar menunjukan komitmen untuk mendukung standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini.

Hamza ditahan di negara ini awal bulan ini selepas melarikan diri dari Arab Saudi dan cuba menuju ke New Zealand bagi mendapatkan suaka politik.

Pada sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW Ahad lalu, wartwan berusia 23 tahun itu didakwa menulis kata-kata yang menyinggung perasaan umat Islam di Twitter.

Dalam kicauannya itu, beliau menulis, dia amat mengagumi sifat yang ada pada Nabi tetapi mahu bersalaman dengan baginda bukan sebagai pengikut tetapi setaraf dengannya.

Beliau kemudian memohon maaf dan mahu bertaubat tetapi sekumpulan ulama terkemuka negara itu melabelkan beliau sebagai murtad dan mahu beliau dibicarakan dan dihukum di negara itu.

Menghina Islam dan Nabi adalah satu jenayah yang boleh dihukum mati di Arab Saudi.

9 comments:

  1. Harap pemohonan maaf Hamza boleh diterima oleh Ulama, janganlah mengenakan hukuman mati terhadap Hamza.

    ReplyDelete
  2. Hopefully there are different solution to this problem. taking one life will not solve anything

    ReplyDelete
  3. Hamza harus sedar akan kesalahanya dan bertaubat. jadikan ini pengajaran dan jgn menghina agama sesuka hati. bersedialah untuk menghadapi hukuman.

    ReplyDelete
  4. "selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan khususnya prinsip bukan-refoulment di mana seseorang yang menghadapi penganiayaan di negara beliau tidak perlu dikembalikan ke negara tersebut."

    adakah Hamza menghadapi penganiayaan atau dia sendiri yang sudah salah sehingga lari untuk menyelamatkan diri di negara lain??

    ReplyDelete
  5. Jika ada bukti dia bersalah maka tindakkan yang dibuat adalah terbaik dan patut untuk Negara kita.

    ReplyDelete
  6. kenapa perlu kerajaan Malaysia yang disalahkan? kenapa tidak Suhakam mengiringi Hamza ke Arab Saudi dan memohon kepada kerajaan di negara itu bagi membebaskan beliau??

    ReplyDelete
  7. seperti yang dikatakan oleh menteri dalam negeri, Malaysia bukan tempat persinggahan penjenayah bagi mengelak dihukum di negara mereka..

    ReplyDelete
  8. Every action has its own consequences.

    ReplyDelete