Oleh: HAMZAH ABDULLAH
SUDAH 7 hari sehingga saat ini, isu tanah adat dan hak Anak Negeri yang dinafikan pemilikan ke atasnya bergema kembali di dada akhbar tempatan Sabah. Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Osman Jamal bercakap, mengupas dan membentang kertas kerja dalam simposium di UMS.
Orang politik, dari PBS yang pernah mentadbir Sabah, sehinggalah kepada orang yang berkelulusan undang-undang membahas mengenai isu berkaitan hak masyarakat Anak Negeri dalam memiliki tanah di bumi sendiri.
Seperkara penting yang disepakati ialah pengeluaran Sijil Anak Negeri telah disalahgunakan sehingga individu dari Hong Kong, Taiwan dan Jepun pun memiliki Sijil tersebut sebagaimana yang disebutkan oleh Datuk V.K.Liew, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dalam kenyataannya yang tersiar dalam akhbar tempatan bertarikh 5 Februari, 2012.
Natijah dari pemalsuan identiti ini ialah Anak Negeri asal telah hilang hak asasi mereka kerana orang Hong Kong, Taiwan dan Jepun terkenal dengan kekayaan mereka, sehingga bukan sahaja mereka mampu melakukan manipulasi membeli tanah-tanah berstatus NT, tetapi mereka juga boleh membeli 'pegawai-pegawai' berpengaruh di dalam Jabatan Tanah, Majlis Hal Ehwal Anak Negeri serta jabatan-jabatan lain yang berkaitan dengan penukaran hakmilik tanah NT.
Saya suka memperingatkan rakyat Sabah, khususnya Anak Negeri bumi Sabah, individu dan orang-orang politik yang berkepentingan boleh bercakap apa saja mengenai pelbagai seksyen dalam Ordinan Tanah Negeri Sabah. Mereka boleh melalut dan bersyarah mengupas segenap sudut seksyen-seksyen yang terdapat dalam Ordinan tersebut.
Tetapi percayalah, mereka inilah sebenarnya yang telah mengkhianati amanah yang telah dipikulkan ke atas bahu mereka yang sepatutnya melindungi Hak Asasi Tanah Adat Anak Negeri Sabah.
Saya mencabar individu-individu ini, baik Osman Jamal, Henrynus Amin dari PBS dan mereka yang konon serius menuntut diadakan 'Tribunal Tanah Adat', supaya memulakan langkah pertama yang meyakinkan rakyat Sabah. Mereka mesti buktikan supaya arahan dikeluarkan oleh pejabat Peguam Negara bagi mendakwa keluarga KWAN yang telah menipu kerajaan Malaysia, sebagaimana yang pernah didedahkan dalam Videoklip Sabahkini.net sebelum ini.
Arahan juga mesti dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri bagi membatalkan Sijil Anak Negeri yang telah dikeluarkan kepada keluarga KWAN kerana asal usul mereka sebenarnya adalah dari Fujian, China.
LHDN juga mesti segera merampas hasil yang diperolehi secara haram di atas kuari tanpa lesen di Silam yang telah beroperasi selama lebih 25 tahun yang dilakukan oleh keluarga KWAN.
Jabatan Alam Sekitar mesti segera bertindak merampas semua alat-alat dan jentera yang masih terdapat diatas kuari tersebut dan medakwa mereka di mahkamah kerana telah melakukan pemusnahan besar-besaran ke atas alam sekitar dibumi Lahad Datu!!
Osman Jamal mesti menjelaskan bagaimana Kwantas Plantation Sdn Bhd. boleh dianugerahkan tanah seluas 80.910 hektar di Koyah, Daerah Kinabatangan dengan nombor geran 095318513 dan 095318531 sedangkan ramai Anak Negeri tempatan di Daerah Kinabatangan ada yang sudah mati menunggu jawapan permohonan tanah mereka yang tiada penghujungnya.
Kemudian yang anehnya individu bernama Kwan Ka Fatt, Kwan Wing Lan, Kwan Shuk Lan, Kwan Bik Lan, Kwan Shing Keong dan Kwan Leong Hang masing-masing telah juga dianugerahkan seluas hampir 15 ekar setiap individu.
Isu berkaitan tanah adat ini tidak lebih daripada hanya sebagai jerat pilihanraya yang menjadikan rakyat pribumi Sabah sebagai mangsanya. Cukuplah dengan sandiwara UMNO/BN dan mereka yang menjadi pengkhianat kepada rakyat pribumi Sabah. Marilah kita bertekad agar tidak lagi termasuk dan terjatuh kedalam jerat mereka yang bakal menjadikan kita menderita untuk tempoh jangkamasa yang panjang.
Hak rakyat bumiputra harus dijaga dan dipertahankan supaya rakyat berpuas hati.
ReplyDeleteits the government duty to care for the people's welfare.
Deletebetul..kepentingan rakyat harus dijaga dengan sebaiknya.
DeleteKepentingan rakyat haruslah di utamakan.
DeleteRakyat sentiasa di bantu oleh kerajaan, kepentingan rakyat di dahulukan.
DeleteKerajaan harus segera selesaikan masalah tu. Isu tu akan menjejaskan imej kerajaan
ReplyDeletefailing to solve this issue will lead to government failure to gain supports from the people.
DeleteMoreover, the opposition will use this issue to gain the voters support.
DeleteDiharapkan isu tanah adat dan isu sijil anak negeri ini akan berjaya diselesaikan supaya rakyat akan rasa lega bahawa hak mereka diperlindungi.
ReplyDeleteya...isu ini sudah berpanjangan...
Deleteya..jika isu ini diselesaikan pasti rakyat akan berpuas hati.
DeleteHak milik harus dipertahankan.
DeleteHarap geran komunal akan terus diagihkan kepada anak negeri Sabah supaya semua anak negeri berpeluang memiliki tanah sendiri.
ReplyDeletepada awalnya geran komunal diperkenalkan, ramai yang tidak bersetuju. bagaimana pula sekarang?
Deletenamun ada juga yang menentang ni geran komunal...jadi apa penyelesaian terbaik?
Deleteisu tanah telah lama timbul dan kini ia masih belum selesai. harp dgn adanya tribunal tersebut isu ini dpt diselesaikan.
ReplyDeleteHarap kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian dengan segera demi kepentingan semua pihak.
Deleteapa yang sepatutnya menjadi hak penduduk harus dipertahankan.
ReplyDeletenatives have the right to protect their rights when they are being oppressed or their rights encroached.
ReplyDeleteGovernment is aware and concerned and open to listen to problems faced by the people that involves the natives
ReplyDeletehmm...it seems now everything is being politicized...even when there is for the common good.
ReplyDeleteberharap kerajaan negeri akan membantu rakyat dalam melindungi hak mereka.
ReplyDeletekerajaan negeri sentiasa membantu rakyat dalam melindungi hak mereka.
DeleteBiarlah perkara ini akan diambil kira dan dilaksanakan secepat mungkin.
ReplyDeleteya..cadangan penubuhan tribunal tersebut harus dipertimbangkan.
DeleteKerajaan akan menunaikan cadangan tersebut. Tunggu perkembangan.
DeleteSemoga kerajaan negeri akan menyokong penuh untuk mendirikan tribunal tanah anak negeri ini..
ReplyDeletecadangan yang baik semestinya akan disokongan oleh semua.
Deleterasa ini akan dapat membantu melindungi dan menyelesaikan isu tanah adat rakyat di negeri ini.
ReplyDeletePertubuhan ini hanya akan berjaya jika disokong penuh oleh rakyat.
ReplyDeleteIni bukannya jerat atau apa pun. Sebenarnya pembangkang yang takut rakyat tidak menyokong mereka.
ReplyDeleteApa saja yang kerajaan buat untuk rakyat, pasti di pandang negatif oleh pembangkang.
DeletePembangkang juga harap kerajaan membuat yang terbaik. Peranan pembangkang amat penting untuk memastikan semua dijalan lancar.
DeleteKalau itu betul ini adalah satu tindakan yang terbaik untuk menangani isu yang dihadapi oleh penduduk Sabah itu sendiri.
ReplyDeleteSelagi kerajaan dapat memberikan yang terbaik kepada penduduk Sabah selagi itulah pembangkang tidak senang dengan apa yang kerajaan ingin lakukan.
ReplyDeletemungkin RCI juga harus ditubuhkan untuk menyiasat tentang perkara ini..agar yang terlibat dapat dikenalpasti dan dihukum..
ReplyDeletetribunal NCR harus ditubuhkan untuk melindungi hak dan kepentingan anak negeri..selain itu, permohonan anak negeri harus segera diproses dan diluluskan..
ReplyDeletecadangan penubuhan tribunal adalah cadangan yang baik..dan jika ianya memberikan kebaikan pasti akan mendapat sokongan.
ReplyDeleteIa memanfaatkan untuk mempertahankan hak milik.
Deletemaknanya penulis tidak menyokong la penubuhan Tribunal Tanah?? siapa yang mencadangkan tribunal tanah? adakah ahli politik umno/BN atau PBS?? cadangan itu datang dari ketua hakim sabah/sarawak.. jika penulis benar2 berjuang untuk rakyat Sabah, beliau sepatutnya menyokong apa sahaja kaedah yang difikirkan mampu menyelesaikan masalah tersebut..
ReplyDeletemasalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah sepatutnya boleh diselesaikan jika pemimpin2 politik terutamanya dipihak pembangkang sanggup turun padang membantu mereka, bukan sekadar mengambil kesempatan disebalik kesulitan mereka.. jika ada kes2 orang kampung yang berjaya diselesaikan oleh pemimpin2 pembangkang melalui saluran mahkamah, kenapa ada kes2 yang mereka abaikan?? adakah mereka hanya memilih kes2 yang boleh menang, dan kes2 yang lain sekadar dijadikan mainan media??
ReplyDeleteCadangan menubuhkan tribunal ini haruslah di pandang positif, jangan cuba panaskan isu ini.
ReplyDeleteHarus bertumpu kepada masalah dan bukannya. Tujuan merosakkan imej harus diketepikan.
ReplyDelete