Tuesday, 19 February 2013

ANWAR NAFI AKUTERIMA ‘HUGUAN SIOU’






Oleh : NOMY NOZWIR

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau menerima anugerah 'Huguan Siou' sepertimana dilaporkan media, dan berkata ini adalah putar belit dari media milik Barisan Nasional (BN).

Ketua pembangkang itu berkata, beliau hadir dalam satu acara di Sabah, tetapi hanya menyampaikan ucapan sebelum pulang ke ibu negara.

“Tidak ada pengumuman tentang saya menerima jawatan Huguan Siao. Saya hanya datang memberi ucapan, kemudian saya pulang.

“Saya cuma bimbang sama ada ianya ada salib dalam pemakaian itu atau tidak, kerana ia akan digunakan oleh Umno untuk menyerang saya,” kata Anwar, yang merujuk pada apa yang berlaku kepada Tengku Razaleigh Hamzah semasa memimpin parti Semangat 46.
Menurut Anwar, dalam acara tersebut ia hanya menyebut beliau sebagai bakal perdana menteri, dan tidak ada disebut mengenai Huguan Siao.

"Saya mengatakan ini adalah putar belit dari BN."

Menurut dari blog-blog pro-Umno, kelihatan gambar Anwar memakai tanjak (sigar) dan selendang bertulis 'Huguan Siou' disebar luas oleh Ketua PKR Ranau, Jonathan Yasin di laman sosial Facebook.

Huguan Siou merupakan satu gelaran tertinggi yang bersamaan dengan maksud pemimpin penting dalam masyarakat KDM. Ia dikurniakan oleh Majlis Kebudayaan Kadazan Dusun.

Gelaran itu sekarang disandang oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan.

Menurut presiden Parti Pembaharuan Negeri (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, pemberian gelaran "Huguan Siou" kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu penghinaan terhadap adat masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM).

No comments:

Post a Comment