PRIHATIN....Dato
Sri Nasir (dua kiri) diringi OKK Musa (kiri) dan Panglima Yusri (kanan)
membantu salah seorang OKU sempena majlis penyampaian BR1M2.0 di Semporna.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Menteri DiJabatan
Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,mengingatkan semua penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M2.0) tidak
perlu berebut-rebut kerana semua penerima yang sudah menerima surat tawaran
penerimaan bantuan, akan tetap dapat hak mereka.
Katanya, penerima seharusnya
bersabar dan memberikan kerjasama kepada semua petugas yang melaksana
penyampaian Pembayaran Baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M2.0) di daerah
masing-masing demi keselesaan dan kelancaran semua penerima.
Dato Sri Nasir yang juga
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Senallang berkata demikian sempena merasmikan majlis
penyampaian pembayaran baucer BR1M2.0 bagi DUN Senallang kepada lebih 1,500
orang penerima bagi fasa pertama di sini.
Hadirsama sempena majlis itu
Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat
Kawasan DUN Senallang, Haji Tahir Amir; Pemimpin Unit Pemimpin Unit Kemajuan
Rakyat DUN Sulabayan, Mohd Fadzil Haji Sapal dan Ketua Daerah Semporna Kawasan
DUN Senallang, OKK Haji Musa Sabaani dan kakitangan UPKR Dun Senallang, Bugaya
dan Sulabayan.
Nasir berkata, BR1M 1.0 dan
2.0 merupakan sebahagian daripada tanda kasih sayang kerajaan BN kepada
rakyatnya yang layak menerima bantuan dan bukannya seperti apa yang sering
diputar belitkan oleh pihak tertentu yang sengaja memanipulasi niat baik
kerajaan yang ingin membantu rakyat khusus golongan rakyat miskin dan kurang
upaya.
Katanya, rakyat Malaysia
memang bertuah selain menikmati kehidupan yang aman, makmur dan selamat malah
hidup rukun damai bersama pelbagai etnik serta saling berperasaan muhibbah
dalam perpaduan yang terjalin erat.
Sehubungan itu, Dato Sri
Nasir yang juga Timbalan Ketua bahagian UMNO Semporna, menasihati rakyat
kawasan itu sentiasa berterima kasih kepada kerajaan yang cukup prihatin
membela rakyat serta tidak pernah meminggirkan semua kaum menikmati pelbagai
pembanguan serta bantuan sewajarnya.
Beliau juga mengingatkan
rakyat negeri ini tidak terpesona dengan propaganda yang sengaja disebarkan
pihak pembangang yang cuba menafikan hasil usaha dan pembangunan yang telah, sedang
dan akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini.
Nasir menambah, penduduk
juga perlu terus mengutamakan perpaduan kaum, persefahaman serta tidak berpecah
belah; sebaliknya sentiasa bermuafakat menyelesaikan apapun permasalahan demi
keharmonian sesama penduduk di samping mengeratkan hubungan dengan kaum-kaum yang
lain berlandaskan konsep 1Malaysia.
Nasir berkata, kerajaan BN
sentiasa peka dan prihatin membantu rakyat keseluruhannya tanpa memikirkan
ideologi politik, kaum mahupun fahaman agama termasuk masyarakat di luar bandar
yang sememangnya banyak memerlukan pembangunan infrastruktur dan pembangunan
asas.
Beliau juga turut
menyarankan semua penerima bantuan itu (BR1M2.0) memanfaatkanya untuk keperluan
keluarga dan membelanjakannya dengan bijak.
No comments:
Post a Comment