Saudara Pengarang,
Setelah pelbagai
usaha yang dibuat, tetapi masih buntu mendapat persefahaman dan kerjasama
antara Kerajaan Negeri dan Pewaris Sahih Pulau Sipadan, maka semakin jelas isu
Sipadan akan ke ICJ sekali lagi.
Kerajaan Negeri Sabah
memang berat untuk menyerahkan semula Pulau Sipadan itu kepada Pewaris asalnya,
namun Kerajaan juga sukar untuk menolak hak kami di Pulau Sipadan kerana
memiliki locus standi perundangan.
Seharusnya Pentas
Mahkamah bukanlah jalan penyelesaian kepada permasalahan yang wujud ini jika kerajaan
berpegang teguh kepada slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Tetapi agak
menghairankan bagi kes kami kerana kerjasama dengan Kerajaan sukar diperolehi kerana
terdapatnya makhluk perosak dalam Kerajaan sendiri yang menabur fitnah durjana
hingga menyebabkan Kerajaan terlibat sama dengan komplot jahat mereka.
Sesungguhnya Amalan Rasuah itu adalah musuh nombor satu negara dan perlu
diperangi oleh semua.
Sekian,
HAJI ABDUL RAUP BIN
MAHAJUD
Ketua Pewaris Pulau
Sipadan
Salinan surat berikut ditujukan kepada Menteri Luar.
No comments:
Post a Comment