Saudara Pengarang,
SETIAP kali hujan lebat,
rumah saya di Kampung Uloi, Tenom dilanda banjir. Setiap tahun antara dua
hingga tiga kali rumah saya dilanda banjir. Walaupun sudah begitu lama saya
memohon rumah PPRT di kawasan yang agak tinggi dan tidak dicapai banjir, namun
penantian hanya satu penyiksaan.
Dalam usia 80 tahun, apa
yang mampu saya lakukan melainkan berdoa agar Tuhan membuka hati Wakil Rakyat
yang tidak pernah menjenguk saya walaupun sudah lebih lapan kali saya mengundi
wakil rakyat yang bersilih ganti.
Saya berharap agar mana-mana
Wakil Rakyat yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah menunaikan janji
agar memberikan saya tambang ke Putrajaya agar saya dapat menyerahkan sendiri
Borang Permohonan Rumah PPRT kepada Perdana Menteri.
Jika Wakil rakyat tidak
mampu menguruskan rakyat, berilah saya peluang menaiki kapal terbang kerana
tambang Air Asia bukannya mahal. Jika tiketpun tidak mampu beri, bagaimana mahu
terus jadi YB?
Salam Hormat,
MARIANAH BINTI KOMBARAN
Kampung Uloi Tengah, TENOM
No comments:
Post a Comment