SAN FRANCISCO : Pentadbiran
Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi
pada tahun 1968. Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik
Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, kelmarin, NASA
mendedahkan Bumi pada waktu malam. Gambar tanpa awan yang amat jelas itu
dirakamkan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran
Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA.
Sensor kamera pengimejan itu
dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi
peluang kepada para penyelidik untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di
Bumi pada waktu malam.
"Data yang diperoleh
amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge
kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik Amerika di sini baru-baru
ini.
No comments:
Post a Comment