Saudara Pengarang,
SAYA, Javier Benson menulis
kali ini bagi pihak Asim Bin Ibrahim dan Hanif Bin Kamal yang merupakan dua
warganegara India Mamak yang sering latang memperjuangan hak; tertutama di kalangan
India Muslim Sabah.
Kami, kali ini meluahkan
rasa kecewa kami kerana seorang suspek PATI iaitu 'Pandikutti' Nasir Bin Yusof @
Latiff yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan tidak disoal siasat dengan
sepatutnya.
Kami berharap agar semua pembaca
artikel kami mengambil keputusan yang sepatutnya. Artikel ini saya tujukan
kepada Panel RCI, Sabahkini.net, Pengarah Imigresen dan Pengarah Pendaftaran
Sabah dan semestinya untuk makluman rakyat Sabah yang sedang ditindas. Semua
artikel di bawah adalah merujuk kenyataan artikel asal daripada Chung Su Li yang
bertajuk 'Skandal IC Projek Terbaru Di Sabah?'
Kami agak terkilan bagaimana
Panel RCI boleh menjalankan siasatan tanpa meneliti segala fakta yang
diberikan? Apakah Panel RCI dan peguam yang dilantik tidak tahu menjalankan
siasatan atau menyoal siasat?
Bagaimanapula Sabahkini.net
yang sering lantang dalam isu ini boleh berpeluk tubuh dengan penjelasan yang
diberikan oleh suspek Latiff yang memang kita tahu tidak benar?
Begitu juga dengan Pengarah
Imigresen Sabah, Mohamed Mentek hanya mengangguk kepala di dalam Mahkamah Tinggi
Kota Kinabalu mendengar pengakuan Latiff yang beliau memang agen haram di
premis-premis kerajaan? Bagaimana semua pihak boleh berasa lega dengan
penjelasan yang direka oleh suspek Latiff?
Seorang rakan kami yang
membekal barangan terutama sayuran di kedai mamak berasa sangat sedih membaca
penjelasan Latiff melalui dada akhbar tempatan. Beliau kecewa kerana Panel Penyiasat
RCI tidak menanyakan soalan yang sepatutnya dan menerima semua kenyataan Latiff
tanpa mengesahkan kebenarannya?
Bagaimana fakta yang begitu
besar yang tersiar di internet hasil usaha oleh saudara-saudara seperjuangan
sebelum ini boleh diterima oleh RCI dengan satu ungkapan ‘Fitnah 100 peratus'?
Kami merayu Panel RCI
meneliti semua persoalan kami dan Rakyat Sabah seperti berikut:
01) Latiff memberitahu RCI
bahawa beliau tidak memiliki kerakyatan di negara lain selain Malaysia. Kami
meminta penjelasan dengan salinan pasport Latiff sebelum ini bahawa dia sah
menjadi penduduk India dan hanya mengunakan visa 'Tukang Masak’. Kami meminta
Penjelasan Pengarah Imigresen tentang salinan pasport tersebut seperti yang
didedahkan oleh Chung Su Li.
02) Bagaimana pula RCI boleh
berpuas hati mendengar penjelasan yang penuh tipu daya daripada Latiff mengenai
dua Mykad yang dimilikinya sekaligus dengan mengatakan bahawa itu kesalahan dan
kesilapan pendaftaran? Apa komen Pengarah Pendaftaran Sabah?
03) Latiff mengakui bahawa
dia tidak pandai membaca Bahasa Melayu di hadapan Panel RCI, jadi bagaimana
suspek ini layak menjadi agen di Imigresen dan Pendaftaran yang memerlukan
mengisi pelbagai borang dalam bahasa Melayu? Mengapa Mentek tidak menyiasat hal
ini? Siapakah yang boleh membenarkan Latiff berniaga di JIM dan JPN Sabah?
04) Mengapa pula saksi-saksi
seperti Kasim Bin Aziz, Chung Su Li, pengawai-pegawai yang terlibat tidak
disoal siasat mengenai suspek Latiff; sebaliknya Kasim dan Chung di soal siasat
mengenai Mykad mereka pula dan langsung tidak menyentuh soal suspek Latiff.
05) Bagaimana pula RCI boleh
berpuas hati dengan kemampuan Latiff menyebut 'Rukun Negara' walaupun ada
kesalahan? Latiff hanya menghafalnya setelah melihat saksi lain disoal siasat.
Mengapa tidak meminta suspek Latiff menjelaskan Rukun Negara satu per satu
serta sejarah negara kita ini?
06) Bagaimana pula Pengarah
Imigresen dan RCI mempercayai bahawa Latiff hanya mempunyai 20 pelanggan dalam
urusan visa? Mengapa tidak menanyakan bagaimana dengan 20 pelanggan boleh
menjadi kaya raya? Bagaimana pula dakwaan Chung Su Li sebelum ini bahawa ada
ratusan pasport disimpan di pejabat Latiff? Bagaimana Latiff boleh memiliki
pejabat dan kerani jika hanya mempunyai 20 pelanggan? Bagaimana pula dakwaan
Latiff mempunyai pelbagai kehebatan dalam memalsukan dokumen?
07) Kata-kata manis Latiff
bahawa dia tidak kenal sesiapa pegawai pun ketika berurusan di JIM Sabah. Bagaimana
kita boleh mempercayai hal ini sedangkan terbukti bahawa perkhidmatan Latiff
adalah yang paling terlaju di Sabah. Agen sah pun tewas di hadapan agen haram. Perkara
ini berlaku kerana dia mempunyai ramai kenalan di JIM Sabah. Bagaimana pula
Puan Suzie? Dia tidak kenal jugakah?
08) Apa pula komen RCI dan
JPN mengenai dokumen kehilangan MyKad yang dipaparkan oleh Latiff? Mengapa
perkara ini tidak dibangkitkan dalam penyiasatan dan di Mahkamah?
09) Bagaimana Panel RCI
boleh menerima kenyataan bahawa dia tidak pernah membantu sesiapa pun dalam
mendapatkan Mykad sedang dakwaan jelas mengatakan dia Ketua Rangkaian Sindiket
IC dengan semua bukti kukuh terdedah sebelum ini?
10) Mengapa Panel RCI tidak
menyiasat sedalamnya semua bukti yang terpapar dalam internet mengenai suspek
ini?
Rakyat Sabah sebelum ini
sudah mengangkat sumpah bahawa RCI dikatakan tidak berjaya jika Latiff tidak
dikenakan tindakan yang sepatutnya. Rakyat Sabah masih berakal dan waras dalam
meneliti semua bukti yang diberikan. Malah Asim mengatakan Latiff mengakui
bahawa Mykad beliau dibeli dalam Mesyuarat India Muslim.
Semua rakyat India benci
dengan Latiff. Beliau perosak bangsa dan negara. Hanif mengatakan bahawa tidak
salah kerajaan memberikan sejuta orang Filipina Mykad, Haram dan Haram jika
memberikan kepada seorang yang bernama Latiff.
Pandangan ini jelas kerana
Latiff merupakan racun perosak yang amat berbahaya. Kita sedia maklum, Latiff
sudah menjual negara apabila beliau mula menjalankan jual beli IC. Selain itu,Latiff
juga amat ‘sial’ kerana mendidik pegawai kerajaan kita menerima rasuah.
Asim dan Hanif tidak berpuas
hati dengan Persatuan India Muslim yang melantik Latiff menjadi Setiausaha. Perkara
ini adalah kerana Latiff tidak tahu membaca Melayu. Ini pengakuan Latiff
sendiri di Mahkamah. Setiausaha adalah satu jawatan penuh dengan penulisan. Bagaimana
kita boleh menganggap Latiff akan menjalankan tanggungjawab tersebut jika dia
tidak pandai membaca dan menulis?
Saya merasakan Latiff anak
luar nikah. Mengapa RCI tidak menyiasat adik beradiknya yang sudah didedahkan
dengan lanjut sebelum ini. Abangnya Peer Mohamed yang merupakan Presiden Ikatan
Insan dan adiknya yang masih memegang pasport merupakan adik beradik yang sah.
Lokasi mereka juga telah
dinyatakan jelas. Semasa di Mahkamah Latiff ada mengatakan bahawa beliau
mempunyai saudara di Melinsung dan ternyata itu adalah adiknya seperti yang
didedahkan oleh Chung sebelum ini.
RCI juga harus menyiasat
dengan lebih lanjut penjelasan berunsur penipuan yang dikatakan oleh Latiff
terutama beliau mendedahkan bahawa dia pernah mengundi di tiga kawasan.
Pengakuan tipunya ini wajid disiasat
semula. Untuk makluman Panel RCI, Latiff tidak pernah mengundi pada MyKad lama
dan pada MyKad baru yang dibuatnya, dia belum pernah mengundi walaupun ada
didaftarkan sebelum ini.
Sabahkini.net juga harus
malu jika suspek Latiff dibiarkan sebegitu sahaja. Sabahkini.net harus membawa
perkara ini di hadapan penyiasat Panel RCI secepat mungkin sehingga Latiff dipanggil
semula untuk kepuasan rakyat Sabah yang ditindas.
Menurut Asim, beliau pasti
bahawa semua kenyataan Latiff di mahkamah adalah diajarkan oleh pegawai-pegawai
JPN dan JIM. Namun Asim tidak mengetahui siapakah pegawai tersebut?
Kepada semua rakyat Sabah,
tolonglah kami. Majoriti rakyat Sabah berharap RCI memanggil semula suspek ini.
Jangan dibiarkan begitu sahaja. Latiff tidak normal kerana perbuatannya
melacurkan ibu pertiwi kita. Kita harus malu membenarkan Latiff berada lama di
negara kita.
Kami tidak mahu melihat Latiff
keluar masuk secara bebas ke Imigresen lagi. Kami malu melihat sikap Latiff
yang sombong dan merasakan dialah yang mampu membuat segala-galanya dengan
pengaruh rasuah.
Kami mengambil langkah yang
baik, kami ada menulis surat kepada RCI, Pengarah-Pengarah untuk meneliti
kenyataan Chung yang kami rasakan lebih benar daripada kenyataan rekaan Latiff.
Kami berasa, rakyat Sabah akan mendengar berita gembira tidak lama lagi.
"Ada Si Jahaman
Latiff-Jahanamlah Sabah".
Bersama kita hancurkannya.
Sekian,
JEVIER BENSON, ASIM DAN HANIF
(NOTA PENGARANG :
Sabahkini.net enggan mengulas keterangan Latiff di hadapan Panel RCI kerana
tidak ingin mengganggu prosiding mahkamah. Segala maklumat yang disiarkan
Sabahkini.net adalah benar dan tidak menyebelahi mana-mana blok. Sewajarnya
Panel RCI diberikan peluang untuk menjalankan tugas mereka tanpa dipengaruhi mana-mana
pihak. Sabahkini.net akan menyelongkar isu ini sehingga ke akar umbi sebaik
sahaja Panel RCI mengemukakan laporan rasmi. Harap Maklum)
No comments:
Post a Comment