KUALA LUMPUR:
Sekurang-kurangnya 5,000 warga asing yang mendapat taraf warganegara sewaktu
projek IC Sabah kini didakwa telah dipindahkan ke Kuala Selangor untuk tujuan
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Difahamkan usaha perpindahan
itu dibuat sejak beberapa tahun lalu dan melibatkan beberapa kawasan di negara
ini khususnya Selangor.
Seorang warga Pakistan,
Nasib Parwali yang mendapat taraf kewarganegaraan dalam projek IC Sabah,
mengaku beliau telah ditukar alamat dari Sabah ke Kuala Selangor dua tahun
lalu.
"Ini buat dekat Sabah
dulu, tapi sekarang alamat sudah tukar sini (Kuala Selangor) lah. Sekarang undi
di sini Insya Allah," katanya dalam satu rakaman video yang diserahkan
satu sumber kepada Harakahdaily.
Dalam video itu juga
menunjukkan MyKad Nasib, yang beralamat di Jalan Kuala Selangor, Batt 8,
Kampung Ijok Batang Berjuntai.
Beliau juga mendakwa setiap
warga asing perlu membayar RM300 untuk mendapatkan borang memohon kad
pengenalan itu daripada agen.
Selepas itu, sejumlah RM6,000
hingga RM10,000 lagi perlu dibayar apabila mahu mengambil kad pengenalan
tersebut.
"Dulu IC hitam,
sekarang dah tukar (My Kad) dekat Putrajaya," katanya.
Sebelum ini, bekas Timbalan
Menteri, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa, 200,000 pendatang asing yang mendapat
kad pengenalan di Sabah dipindah ke Semenanjung dan kebanyakannya ke Selangor.
Mereka dijangka akan
mengundi dalam pilihan raya umum akan datang ini.
No comments:
Post a Comment