Oleh : PAPARAZZI
SABAHKINI.NET
BERTINDAK atas
maklumat yang disalurkan melalui artikel bertajuk 'Mafia CPO Mewah Atas Kecuaian Polis?' di Sabahkini.net, Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti
Keadilan PKR, Citra Masadi telah membuat laporan polis di Balai Polis Kunak,
petang kelmarin yang mendesak PDRM, Panel RCI dan SPRM membuat siasatan rapi
terhadap PATI bernama Asdar Bin Tabari yang telah memalsukan keterangan diri
menggunakan dokumen milik orang lain untuk melakukan jenayah.
Kata Citra, pihaknya
terpaksa membuat laporan polis setelah mendapati segala maklumat yang
didedahkan Sabahkini.net sudah mencukupi untuk polis menjalankan siasatan dan
langkah pencegahan agar jenayah yang dilakukan segera dibendung.
"Kita memandang
serius sikap tidak profesional pihak polis terhadap Asdar yang telah dikenalpasti telah membeli sijil
lagi milik warga asing dan menggunakan rangkaian sindiket di JPN untuk
mendapatkan MyKad dengan memalsukan keterangan dirinya," ujar Citra yang
mendesak Bank Negara turut menjaankan siasatan bagaimana dokumen palsu
digunakan dengan mudah untuk mendapat pembiayaan bank; termasuk kes Pesuruhjaya
Kehormat Pasukan Relawan Rakyat (Sabah), Datuk Jerry Ambuting Bin Mohd Said.
Sehubungan itu, Citra
menegaskan bahawa Sidang RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang dijadualkan
disambung semula pada 22 Februari 2013 sepatutnya menampilkan Asdar @ Supriandy
dan bapa angkatnya, Suparlan kerana isu seperti ini amat membahayakan negara.
"Sikap Pegawai
Jabatan Pendaftaran Negara membantu warga asing mendapatkan kad pengenalan
berdasarkan Sijil Lahir orang lain atau Sijil Akuan bukan lagi rahsia. Semoga
pegawai JPN yang baru sahaja bersara dipanggil memberi keterangan kerana kita
percaya ramai warga asing diberikan Mykad berdasarkan modus operandi
begini," ujar Citra lagi.
Citra turut mendesak
agar Para Pegawai Polis yang enggan menyiasat kes jenayah Asdar @ Supriandy
digantung tugas kerana mereka cuai dan dipercayai memperolehi rasuah kerana
bersubahat melengahkan siasatan terhadap segala jenayah yang dilakukan PATI
ini.
Dalam pada itu, kata
Citra, Bank Negara dan SPRM juga wajib menyiasat Asdar @ Supriandy di bawah
Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan (AMLA)
berasaskan pemilikan aset yang banyak oleh PATI berkenaan hasil daripada
kegiatan haram.
Berikut isi kandungan
laporan yang dibuat di Balai Polis Kunak pada jam 8.40 malam semalam melalui
laporan bernombor Kunak/000255/13.
"Pada lebih kurang jam 4.02 petang (8/02/2013) saya telah membaca artikel di portal Sabahkini.net bertajuk 'Mafia CPO Mewah Atas Kecuaian Polis?' Oleh itu saya bagi pihak AMK (Angkatan Muda Keadilan) Negeri Sabah datang ke Balai Polis untuk membuat laporan polis terhadap Supriandy Suparlan @ Asdar Bin Tabari serta menggesa pihak polis dan RCI membuat siasatan ke atas beliau yang disyaki memiliki dokumen meragukan. AMK juga meminta agar SPRM menyiasat pegawai polis atau individu-individu yang tersebut namanya di dalam artikel tersebut kerana jelas bertentangan dengan undang-undang dan perkara ini juga akan menimbulkan spekulasi yang negatif terhadap pihak berkuasa; serta boleh mewujudkan suasana kurang selamat kepada masyarakat sekeliling sekiranya jenayah boleh dilakikan tanpa sebarang tindakan pencegahan dan di dalam laporan polis ini juga AMK menyertakan lampiran artikel untuk rujukan pihak berkaitan kelak. Sekian laporan saya."
No comments:
Post a Comment