KUBANG
KERBAU....kerosakan jalan adalah penyebab semua peneroka mengalami kerugian
besar kerana buah sawit tidak dapat diangkut ke kilang. Gambar sisipan, Maji.
Oleh: SHAIMON S
JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SUAN LAMBA : Sudah
hampir 20 tahun menyertai UMNO dan menjadi penyokong tegar kerajaan Barisan Nasional
(BN) sejak 1994 lagi, mereka tidak pernah mendapat pembelaan dari mana-mana
wakil rakyat UMNO/BN.
Rancangan Suan Lamba
yang diurus tadbir oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKNS-SLDB) dari
peringat 1 sehingga peringkat 3 hanya mempunyai peneroka jumlah seramai 700 orang.
Seorang anak peneroka,
Maji Bin Majid yang telah bermastautin
di Rancangan Suan Lamba sejak 41 tahun lalu sudah membuat permohonan beberapa
kali bersama seramai 50 rakannya untuk menjadi peneroka di rancangan tersebut;
tetapi tidak dihiraukan langsung
oleh Pengurus Wilayah LKNS Suan Lamba
sehingga ke hari ini.
"Pada masa yang
sama, kami cuba meminta bantuan dari daripada
ADUN berkenaan supaya anak-anak peneroka yang sudah berkeluarga dan
beranak pinak diambil menjadi peneroka di rancangan tersebut supaya kami tidak berhijrah ke bandar,” jelas Maji yang
kerana LKTNS mengikuti jejak FELDA sehingga mengabaikan tanggub jawab sosial
mereka.
Bukan itu sahaja,
kata Maji, pihak pengurusan LKTNS juga gagal menjaga kebajikan para peneroka di
rancangan ini sehingga kebanyakan jalan yang rosak teruk di blok-blok ladang sawit
tidak pernah disenggalarakan sejak bertahun lamanya sehingga mereka tidak dapat
mengeluarkan hasil.
Kata Maji lagi,
ekoran daripada kerosakan jalan di dalam kawasan ladang sawit, banyak buah
sawit yang telah dituai tidak dapat di hantar ke kilang berhampiran kerana tuan
punya kenderaan yang disewa tidak sanggup menggunakan jalan tersebut sehingga
buah sawit yang tersadai di tepi jalan itu menjadi buruk.
"Sebagai penyokong
tegar BN yang sering kali menyuarakan
rintihan dan masalah kami di
Rancangan Suan Lamba kepada pihak kerajaan tetapi tidak diambil peduli, maka
saya dan 700 orang peneroka dari peringkat 1 sehingga peringkat 3 bertekad tidak akan mengundi mana-mana calon BN yang
bertanding di kawasan Kinabatangan pada PRU 13 kelak. Ini janji kami,”
jelasnya.
Maji yang kini
dilantik sebagai Ketua Penyelaras Parti Pakatan Rakyat (PKR) Ranting Rancangan
Suan Lamba dan akan membawa seramai lebih 700 peneroka yang membabitkan 1,000
penduduk di rancangan tersebut keluar daripada kengkangan UMNO/BN selepas Tahun
Baru Cina ini,” jelas Maji kepada Sabahkini.Net dalam satu wawancara eksklusif,
kelmarin.
“Buat apa kami setia
kepada Kerajaan BN/UMNO tetapi mereka yang menjadi wakil rakyat terus
meminggirkan kepentingan kami ini. Jelas kelihatan bahawa undi dan perjuangan
kami kepada BN/UMNO diibaratkan air menitik di daun keladi. Sia-sia
sahaja," ujar Maji lagi.
Tegas Maji, tidakkah pengurus
ladang dan para pegawai LKTNS terfikir mengenai masalah para peneroka terbabit
yang sedang berdepan kebuluran dan kemiskinan kerana kecuaian mereka?,"
tanya Maji yang meyakini hanya PKR sahaja mampu menyelesaikan masalah ekonomi
mereka.
Maji turut mendesak
agar Ketua Menteri Sabah memecat para pengurus dan pegawai LKTNS yang terlalu
menindas kaum peneroka mereka harus dilakukan sebagaimana yang diambil terhadap
Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sebelum ini.
No comments:
Post a Comment