BINCANG....Masiung
sedang berbincang dengan pihak JKR mengenai naik taraf Jalan Kg Sinar Jaya
Bukit Garam.
Oleh : SHAIMON S
JUMADI
BUKIT GARAM (KUAMUT) Kerajaan Barisan Nasional (BN)
akan sentiasa berusaha ke arah memajukan kawasan luar bandar untuk memberikan
keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat dalam menikmati kemudahan yang
disalurkan kerajaan.
ADUN Kuamut, Masiung
Banah berkata bahawa Kerajaan terus bekerja keras tanpa noktah untuk
mempastikan setiap kampung di di Kuamut akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat.
Masiung berkata
demikian kepada Sabahkini,Net sejurus selepas lawatan kerjanya ke Kampung Sinar
Jaya, Bukit Garam, kelmarin.
Katanya, kerosakan
jalan yang terdapat di sepanjang jalan Kampung Sinar jaya akan dinaik taraf
kerana kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta di bawah NKRA.
“Saya telah diberikan
taklimat oleh pihak Jabatan Kerja Raya
(JKR) di mana plan induk jalan tersebut akan dibuat dan
dipertanggungjawabkan kepada juruperunding,”
katanya.
Masiung menjelaskan,
sementara kerja-kerja naik taraf belum dikeluarkan tender, maka kerja-kerja
membaiki kerosakan jalan tersebut akan
diserahkan kepada Pemegang Konsesi Kekal Mewah dan mereka bersetuju menghantar
beberapa jentera dan mesin untuk tujuan tersebut.
"Dalam hal ini,
saya mohon para penduduk Kampung Sinar Jaya dan kampung berhampiran agar
bersabar. Pastinya jalan tersebut akan dinaik taraf dengan lebih selesa,"
ujar Masiung lagi.
Sehingga kini. kata
Masiung, Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan mana-mana rakyat tetapi sesuatu
projek yang bakal dilaksanakan memakan sedikit masa untuk mematuhi semua
prosedur yang ditetapkan.
Ditanya mengenai
situasi perkembangan politik, khususnya di kawasan Kuamut, Masiung berkata
menjelangnya PRU 13 ini , semakin banyak anasir yang cuba memecahbelahkan perduan di kalangan rakyat; terutama sekali para
pemimpin pembangkang yang sentiasa melemparkan tuduhan tidak berasas.
“Para pemimpin
pembangkang seperti PAS, PKR dan SAPP ini
hanya pandai bercakap dan berjanji tinggi melangit, namun segera melupakan
janji mereka setelah kalah pilihanraya," ujar Masiung lagi.
No comments:
Post a Comment