KENANGAN.....Saya
bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Kyrgyzstan, Djoomart Otoybaey.
Oleh : NAJIB RAZAK
SAYA berkesempatan bertemu
dengan Timbalan Perdana Menteri Kyrgyzstan, Djoomart Otorbaev yang mengadakan
kunjungan hormat di Seri Perdana baru-baru ini.
Kunjungan hormat itu adalah
sebahagian daripada rangka lawatan kerja beliau selama empat hari ke negara
ini.
Dalam pertemuan itu,
Djoomart yang bertanggungjawab dalam bidang ekonomi dan kewangan menyatakan
minat Kyrgyzstan dalam meneroka kerjasama dalam bidang pelaburan dengan
Malaysia.
Saya harap pertemuan ini
akan merapatkan lagi hubungan Malaysia dan Kyrgyzstan, sekali gus dapat memberi
manfaat kepada kedua-dua negara.
Untuk mengikuti segala
pekembangan terkini mengenai isu semasa negara, ikuti saya di Facebook dan
Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my.
Kongsikan maklumat ini
kepada ahli keluarga serta sahabat handai anda dan ajak mereka untuk melanggan
maklumat terkini menerusi laman web saya.
Diharapkan anda semua dapat
meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat
bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment