BONGAWAN : Rakyat negara ini
perlu bersyukur memiliki seorang Perdana Menteri yang sentiasa bekerja keras
dan berjiwa rakyat serta sanggup turun padang ke seluruh pelosok negeri, kata
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Hj. Aman.
Dalam hubungan ini, katanya,
rakyat perlulah terus memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional di
bawah pimpinan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Perdana Menteri seorang
pemimpin yang tiada tolak bandinganya dan sentiasa mendengar denyutan nadi
rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan penyerahan Bantuan Awal Persekolahan
2013 di Zon Bongawan dan Zon Membakut di Dewan Baharu Bongawan dan Dewan SMK
Membakut.
Pada kedua-dua majlis itu
Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis mengingatkan ibu bapa yang hadir agar
mempunyai sikap bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan Barisan Nasional.
Pada majlis di Bongawan
Anifah dan Wakil Rakyat Bongawan, Datuk Karim Bujang telah menyumbangkan derma
peribadi masing-masing RM1, Sekolah ini telah muncul Naib Johan Pertandingan
Kebudayaan Peringkat Kebangsaan bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan.
Di Dewan SMK Membakut majlis
yang sama, Anifah sekali lagi mengingatkan agar ibu bapa sentiasa berwaspada
dengan pemimpin pembangkang yang akan muncul menjelang musim pilihan raya.
“Mereka ini tidak ikhlas dan
hanya mementingkan diri serta hanya pandai berjanji dan ini berbeza dengan
kerajaan Barisan Nasional yang mengutamakan kebajikan rakyat, mengutamakan
tentang keamanan dan perpaduan rakyat di negara agar terus subur dan
dipertahankan,” katanya.
Beliau berkata banyak
bantuan-bantuan kerajaan yang sudah ditunaikan dan rakyat mendapat manafaatnya
antaranya Bantuan Awal Persekolahan, subsidi minyak, beras, gula, makanan ruji,
BR1M, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Lesen 1Malaysia, KWAPM,
RMT, e-Kasih, Bantuan golongan nelayan, petani, orang tua-tua, ibu-ibu tunggal,
prasarana sekolah seperti menaik taraf bangunan sekolah, asrama, makmal
komputer, rumah guru, kemudahan jalanraya, bekalan air bersih, bekalan elektrik
dan sebagainya; khususnya di Parlimen Kimanis.
Katanya, beliau telah
berusaha untuk membawa pembangunan yang lebih terancang dan menjadikan kawasan
Kimanis maju dan dinamik seiring dengan arus pembangunan perdana.
“Kewujudkan Petronas di
Kimanis akan menjadikan daerah ini berkembang pesat, kerana persekitarannya
akan mengalami impak yang besar dari segi, ekonomi dan sosial serta urbanisasi
pembangunan,” katanya sambil menambah beliau juga telah berusaha dan berjaya
menaiktarafkan Daerah Kecil Membakut kepada Daerah Penuh Kimanis.
Katanya dalam jangka masa
yang mendatang akan wujudlah beberapa pejabat dan agensi kerajaan yang memberi
keselesaan kepada rakyat Kimanis. Antaranya, Hospital Daerah, Masjid Daerah,
Balai Bomba, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pusat Pentadbiran Daerah, dan
sebagainya.
“Usaha ini adalah misi dan
visi beliau bagi memastikan Parlimen Kimanis berkembang maju dan serba lengkap
dan sudah pasti rakyat Kimanis yang akan merasai nikmatnya,” tegasnya.
Beliau juga meminta rakyat
Kimanis agar tidak terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang dan cuba merubah
kerajaan yang sedia ada yang jauh lebih baik dan sudah terbukti sebuah kerajaan
yang mengutamakan kebajikan rakyat.
“Mana ada sebuah kerajaan di
dalam dunia ini yang membantu rakyatnya seperti kerajaan Barisan Nasional,”
tambahnya.
Anifah yakin rakyat Kimanis
khususnya Membakut tidak mudah lupa dengan jasa kerajaan BN dan akan terus
menyokong dalam PRU-13 yang tidak lama lagi.
Beliau amat sedih dan
terharu dengan apa yang berlaku ke atas beberapa kerajaan yang dahulunya kuat
dan gagah tetapi oleh kerana rakyatnya bercakaran dan pemimpinnya tamak kuasa
maka negara-negara ini terus bergolak dan berbunuhan sesama sendiri.
Anifah berkata ini telah berlaku
di negara-negara Timut Tengah separti di Iraq, Libya, Syiria dan Mesir.
“Negara kita walaupun
rakyatnya berbilang kaum,agama dan kepercayaan tetapi hidup aman dan harmoni di
bawah kerajaan Barisan Nasional. Sikap kesederhanaan dan toleransi serta saling
hormat menghormati merupakan ramuan dan kunci utama perpaduan terus terpelihara
sesuai dengan konsep 1Malaysia “Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan”
serta “Janji Ditepati,” tambahnya.
Selepas acara Majlis
Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2013 di Dewan SMK Membakut Anifah bergegas
untuk menghadiri Majlis Santai Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Kampung Tahak,
Membakut.
Turut hadir dalam Majlis
Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2013 ialah Adun Membakut, Datuk Hj. Mohd
Arifin Hj. Arif' Setiausaha Politik Menteri Luar, Datuk Norhaidi Che Dan'
Penolong Pegawai Daerah, Hj. Sanudin Ismail' Pegawai Khas Menteri Luar, Datuk
Hj. Ag. Sahak Hj. Pg. Salleh Wakil Pegawai Pelajaran Beaufort Jali Nordin dan
Puan Zarida Hj. Junaidi, Pengetua SMK Membakut.
Yang lain Pegawai
Perhubungan Parlimen Kimanis Haji Jaafar Haji Ahmad, Ketua Pergerakan Pemuda
Umno Kimanis, Hj. Mohammad Alimin; Ketua Penerangan Umno Bahagian, Dr. Daud
Hj.Yusof; Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kimanis Idris Selamat; Hj. Ag. Kanak
Hj. Ag. Mokti, Hj. Sani Marif, Hj. Mohd Saidin Ibrahim.
No comments:
Post a Comment