SOKONG....Penduduk
Kg Pulau Shangsai sokong BN/UMNO pada PRU 13 nanti.
OLEH SHAIMON S JUMADI
SEKONG : Penduduk di Kampung
Pulau Shanghai dalam Parlimen Batu Sapi merakamkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di atas keprihatinannya membantu rakyat,
terutama menerusi pembinaan rumah-rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
Termiskin (PPRT) di perkampungan tersebut.
Ketua Umno Cawangan Kampung
Pulau Shanghai, Aplasin Ambai, memberitahu sebahagian besar penduduk Pulau
Shanghai kini mempunyai rumah PPRT masing-masing; yang bukan sahaja memberikan
keselesaan tetapi turut meningkatkan taraf hidup.
"Kami penduduk Pulau
Shanghai ingin merakamkan terima kasih ini kepada Perdana Menteri iaitu Datuk
Seri Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman atas
keprihatinan membantu kami menerusi pelaksanaan rumah-rumah PPRT itu.
"Saya yakin dan percaya
keikhlasan kerajaan BN yang sentiasa membantu rakyat terutama di kawasan luar
bandar akan menambah keyakinan rakyat terhadap kerajaan sedia ada,"
katanya di sini, kelmarin.
Aplasin turut memuji usaha Kerajaan
Persekutuan yang sentiasa menitikberatkan pembangunan penduduk luar bandar dengan
membina 28 buah rumah PPRT dan sebuah lagi sekolah Tabika Kemas di Pulau
Shanghai.
Menurutnya, keprihatinan
kerajaan BN ini sekaligus dapat menepis segala dakyah daripada pihak
pembangkang sekali gus memberi kekuatan kepada kerajaan untuk mengekalkan
pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Katanya, komitmen pihak
kerajaan dalam membantu rakyat yang tidak pernah putus membolehkan semua
golongan akan dapat merasai nikmat pembangunan.
"Apalagi bagi kami yang
tinggal di Pulau Shanghai turut menerima manfaat apabila sebahagian besar telah
menerima rumah-rumah PPRT. Sebagai kubu kuat Umno di kawasan ini, saya memberi
jaminan sesiapa pun calon BN pada PRU-13 akan menang dan dapat mempertahankan
kerusi sedia ada.
"Rakyat tidak akan
termakan dengan apa pun janji-janji pembangkang. Mereka hanya tahu berjanji
kosong tetapi Umno yang menjadi tunjang kerajaan BN terus bekerja keras untuk
memastikan setiap rakyat terbela," tegas Aplasin.
Sementara itu, bagi Ketua
Pemuda Umno Cawangan Kampung Pulau Shanghai, Adin Aplasin pula mengajak rakyat
terutama pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi agar memberi sokongan
padu terhadap kerajaan BN.
Katanya, tiada parti
melainkan BN sahaja mampu membawa perubahan dari segi pembangunan dan
kestabilan politik ketika negara mencapai sebuah negara maju menjelang Wawasan
2020.
"Jangan rakyat
terpengaruh dengan janji-janji manis pihak pembangkang. Mereka hanya cakap
kosong saja tetapi kerajaan BN telah membuktikan kejayaan bukan hanya dari segi
pembangunan dalam pelbagai aspek malahan perpaduan kukuh adalah matlamat utama
kerajaan.
"Inilah kerajaan yang
wajar kita beri sokongan. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Datuk Seri
Najib dan Datuk Seri Musa atas keprihatinan menitikberatkan pembangunan di
kampung kami selama ini," ujar Adin.
No comments:
Post a Comment