Oleh : MOHD HISYAMMIEDDY BIN
ESA
KUDAT : Anggota Parlimen
Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi
dan Inovasi telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Asrama Desa dan
Pelancaran Kelab Rukun Negara SK Matunggong baru-baru ini.
Kata Maximus, pembinaan
asrama desa ini diharap dapat mengurangkan masalah ketidakhadiran murid ke
sekolah kerana faktor rumah yang jauh dan masalah pengangkutan.
Beliau juga berkongsi
pengalaman zaman kanak-kanak apabila perlu bangun awal pagi dan berjalan kaki
melalui jalan yang teruk dan jauh untuk sampai ke sekolah.
"Senjata paling utama
untuk berjaya ialah pendidikan, pendidikan dan pendidikan," kata beliau
dalam ucapan perasmian.
Beliau turut mengucapkan
terima kasih kepada Yayasan SP Setia yang menyumbangkan RM300 ribu untuk
pembinaan asrama desa ini.
Terdahulu, dalam ucapan
alu-aluan Pengarah Bukan Eksekutif SP Setia Tan Sri Lee Lam Thye, berharap agar
asrama desa dapat disiapkan dalam tempoh 6 hingga 8 bulan.
"Sebanyak 60% dana yang
disalurkan sebagai tanggungjawab sosial korporat oleh Yayasan SP Setia adalah
khusus untuk pembangunan pendidikan di seluruh negara," ujar beliau.
Majlis itu turut dihadiri
anggota Dewan Undangan Negeri Matunggong, Sarapin Magana; Wakil Pengarah
Jabatan Pelajaran Sabah, Wakil Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi
Nasional Negeri Sabah, pemimpin tempatan dan hampir 500 penduduk sekitar.
No comments:
Post a Comment