Saudara Pengarang,
SAYA sering berkunjung ke 1Borneo
tetapi agak terkilan kerana caj parking untuk kereta di sana tersangat-sangatlah
mahal. Untuk pertama kali parking, diwajibkan membayar RM6 dan sekiranya
melebihi daripada empat jam, harus ditambah RM2 ringgit menjadikan jumlah
keseluruhan RM8.
Kos yang begitu tinggi untuk
parking seolah-olah pengunjung 1Borneo semuanya jutawan, sedangkan orang yang
datang bukan semuanya berkemampuan. RM8 amat besar maknanya kepada rakyat biasa
seperti saya sekiranya digunakan untuk kegunaan lain yang lebih berfaedah.
Persoalannya, apakah yang
membuatkan kos parking begitu mahal? Adakah lantai parking menggunakan simen
emas ataupun kereta dicuci setelah membayar parking RM8?
Seharusnya 1 Borneo mengkaji
caj parking tersebut dan bukannya mengambil kesempatan merompak rakyat miskin
seperti saya. Apa yang seronok sangat di 1 Borneo sehinggakan parking di caj
begitu mahal?
Bukan sahaja caj parking
mahal, malah makanan dan segala barangan yang dijual di sini terlalu mahal;
termasuk caj tandas juga mahal.
Rakan saya mengadu bahawa
biarpun 1Borneo mempunyai tempat parking khas untuk motorsikal, tetapi tetap
ada masalah. Contohnya 'side mirror' dicuri, minyak petrol dicuri, tayar
dibocorkan dan ada kes motorsikal hilang.
Sekiranya motor parking di
kawasan larangan, maka akan dirantai dan dikompaun sehingga RM50, Sekiranya
orang yang mengharapkan kenderaannya tidak kira motor atau kereta selamat, maka
mereka terpaksa parking di tempat larangan dan dikompaun sebanyak RM50. Adakah
itu wajar? Perlukah rakyat Sabah boikot 1Borneo?
Salam Hormat,
PENGUNJUNG KECEWA
No comments:
Post a Comment