PRESIDEN kumpulan aktivis
alam sekitar Himpunan Hijau Wong Tack mengancam untuk membakar loji nadir bumi
di Gebeng, Kuantan sekiranya kilang tersebut masih beroperasi selepas pilihan
raya umum ke-13.
Menurutu laporan akhbar Sin
Chew Daily kelmarin, Wong berkata beliau sendiri akan membakar loji berkenaan
sekiranya ia tidak ditutup dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya umum.
Wong juga mengancam untuk
mengadakan demonstrasi jalanan untuk menumbangkan kerajaan yang baru dipilih
sekiranya tuntutan untuk menutup loji berkenaan tidak dipenuhi, katanya.
Aktivis itu juga berkata
beliau bersedia menghadapi apa-apa tindakan undang-undang dan turut mengulangi
bahawa beliau tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.
(MKINI)
No comments:
Post a Comment