GUGUSAN FELDA Sahabat, Lahad
Datu, Sabah adalah yang terbesar dengan saiz seluas 101,929.86 hektar yang
hampir sama dengan saiz dua buah negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan.
Industri sawit daripada
FELDA Sahabat menjana 10% pendapatan negeri dan menyumbang satu pertiga
daripada pendapatan keseluruhan FELDA pada masakini.
Dahulu, Malaysia mengeksport
minyak mentah sawit ke luar negara dan pemprosesan produk industri hiliran bagi
nilai tambah dilakukan di negara pengimport.
Kini, dasar kerajaan telah
membolehkan syarikat multinasional membeli dan mengambil alih syarikat luar
negara berkenaan.
Ini adalah strategi yang
dilaksanakan bagi membawa pulang teknologi memproses produk hiliran ke dalam
negara supaya dapat melindungi kepentingan produk berkenaan sebagai cara
memperkukuhkan lagi industri sawit negara tersebut.
Kini, Malaysia antara
pengeksport minyak kelapa sawit terbesar dunia.
Lahad Datu dari segi
geografi, terletak di kawasan pantai timur Sabah di dalam bahagian Tawau.
Ia terletak pada kedudukan
latitud 5° 1′ Utara dan longitud 118° 19′ Timur pada jarak lebih kurang 500 km
dari Bandar Utama Sabah iaitu Kota Kinabalu dan berhampiran dengan beberapa
tempat seperti Sandakan, Tawau, Kinabatangan, Kunak dan Felda Sahabat.
Manakala, keluasan daerah
Lahad Datu ialah 6,635.2 km2. Lahad Datu mudah dikunjungi melalui jalan darat,
air mahupun udara.
Jumlah penduduk Lahad Datu
setiap tahun meningkat dengan kadar pertumbuhan purata tahunan (%) iaitu 10.01
bagi tahun 1980-1991 dan 3.10 bagi tahun 1991 – 2000.
Manakala bagi jumlah
penduduk ialah pada tahun 39,262 (1980), 118,096 (1991), 156,059 (2000), 195,865
(2010).
Populasi kaum bagi Daerah
Lahad Datu kebanyakan terdiri daripada suku kaum Bajau, Idahan, Iranun, Dusun
Begahak, Bugis, Suluk, Tidung, Melayu Cocos, dan Imigran dari Indonesia dan
Filipina.
Sebahagian besar penduduk di
Lahad Datu adalah keluarga peneroka di Tanah Rancangan FELDA Gugusan Sahabat.
Lahad Datu juga merupakan
kawasan pelabuhan yang terpenting di Sabah dengan bentuk geografi semulajadi
Teluk Darvel banyak membantu usaha kerajaan dari segi ekonomi di Sabah.
Keistimewaannya sebagai
pelabuhan yang selamat dari sebarang ancaman bencana alam kerana terlindung
oleh Pulau Sakar banyak melancarkan urusan pengeksportan minyak sawit dari
FELDA Sahabat.
Namun, ianya tidak mampu
menjamin keselamatan dari ancaman pencerobohan pengganas semenjak 12 Februari
lalu.
Dasar kerajaan selama ini
membangunkan Sabah dengan struktur ekonomi yang mampan, kini cuba diambil
kesempatan oleh kumpulan pengganas yang mendakwa mereka dari pihak “Sultan”
Sulu.
Kepesatan ekonomi dan sumber
sawit terbesar di Sabah membuatkan Jamalul Kiram III “gila” untuk menjadi kaya
setelah berzaman hidup penuh kemiskinan umpama merempat.
Malah, untuk mendapatkan
rawatan Jamalul Kiram III terpaksa “mengemis” untuk mendapatkan dana.
“Sultan” palsu ini telah
menghantar pengikutnya untuk menceroboh dan cuba merampas tanah Sabah dengan
penuh keganasan.
Kehidupan seharian penduduk
di Lahad Datu khususnya FELDA Sahabat terjejas, rumah dan harta benda penduduk
rosak, peneroka dan pekerja ladang terpaksa meninggalkan “periuk nasi” mereka,
pekerja kilang sawit dan peniaga turut meninggalkan “periuk nasi” mereka dan
pengkalan kapal untuk urusan eksport minyak sawit juga terpaksa dihentikan.
Jeti 16 di Felda Sahabat,
Lahad Datu merupakan satu pangkalan kapal yang penting di Lahad Datu, Sabah.
Ini kerana di sanalah
kapal-kapal tangki minyak kelapa sawit akan berlabuh dan menjalankan urusan
pengeksportan minyak sawit.
Semenjak kemelut
pencerobohan di Lahad Datu, yang mana membabitkan Gugusan FELDA Sahabat,
operasi di Ladang dan juga di pelabuhan terpaksa dihentikan sementara.
Faktor utama operasi
perkapalan dihentikan adalah kerana pihak pengurusan kapal merasakan keadaan di
situ terlalu berisiko, baik pada anak kapal mahupun pada muatan yang dibawa
sepanjang kemelut pencerobohan di Lahad Datu.
Di atas tindakan pantas
kerajaan melancarkan “Ops Daulat” dengan kerjasama PDRM dan 3 sayap ATM,
keadaan di Lahad Datu semkin pulih dari segi keamanannya dan juga ekonomi.
Kecekapan dan ketangkasan
pasukan keselamatan tidak dapat dinafikan.
Menurut Pengerusi FELDA Tan
Sri Mohd Isa Abdul Samad, pengkalan kapal di FELDA Sahabat telah mula
beroperasi dari minggu lepas dan kapal-kapal juga telah mula mengangkut bekalan
minyak kelapa sawit dari FELDA Sahabat.
Operasi di pengkalan kapal
FELDA Sahabat dikawal rapi dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM), salah satu sayap ATM demi melancarkan operasi.
Bagaimanapun ketika ditanya
nilai kerugian FGV berikutan insiden pencerobohan ini, Mohd Isa menyatakan
ianya belum dapat dipastikan dan nilaian kerugian akan dijalankan selepas “Ops
Daulat” berakhir.
FELDA turut membantu
peneroka yang terjejas dalam kemelut pencerobohan ini dan sentiasa memberikan
kerjasama dengan PDRM dan ATM demi keselamatan para peneroka di FELDA Sahabat.
Dengan beroperasi semula
pengkalan kapal di FELDA Sahabat, ini cukup membuktikan bahawa keadaan Lahad
Datu semakin pulih dan keselamatan ditahap yang baik.
Bilamana kapal dagang luar
negara juga telah turut melabuhkan kapal di Jeti 16 FELDA Sahabat untuk
mengangkut minyak, ini merupakan satu petanda bahawa negara luar juga telah
yakin akan keselamatan berurusan di pengkalan kapal ini.
Bukan sahaja penduduk
tempatan yakin akan jaminan keselamatan yang ditawarkan oleh pasukan
keselamatan negara, malah negara luar juga turut memperakui kredibiliti pasukan
keselamatan kita.
Sebagai rakyat Malaysia,
kita harus berbangga kerana kita mempunyai pasukan keselamatan yang cekap dan
hebat.
Biarlah apa pun yang ingin
sesetengah pihak katakan dan hina, namun seluruh rakyat Malaysia khususnya
rakyat Sabah tidak pernah berhenti mendoakan perlindungan buat pasukan
keselamatan kita.
Keyakinan yang tinggi
terhadap kredibiliti pasukan keselamatan kita bukan sahaja diletakkan oleh
penduduk tempatan, malah pelabur asing juga.
No comments:
Post a Comment