KURSI.....Salah
seorang pengganas yang ditembak mati telah mempunyai tato Ayatul Kursi di
belakangnya.
KUMPULAN pengganas dari
selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka
adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat
pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.
Antara benda-benda berunsur
syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai
boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai
untuk menyerang pasukan keselamatan.
Menurut sumber pasukan
keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan
mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.
"Mereka mungkin kebal
dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut,
namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.
Beliau berkata ada satu
mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun
kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan
letupan mortar.
Ada juga tangkal bertulisan
Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa
sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak
berkesan apabila rata-rata mereka mati ditembak oleh Pasukan Keselamatan
Malaysia.
Tangkal terbabit ditemui
ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil
bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit
di pinggang.
Malah tangkal itu difahamkan
turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac
lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di
celah kelangkang.
Menurut sumber, pengganas
terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada
ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam
pertempuran.
No comments:
Post a Comment