Oleh
: FATHI ARIS OMAR
SATU
dasawarsa lalu, semalam, Amerika Syarikat melancarkan perang di Iraq di
tengah-tengah bantahan dunia tetapi didukung kuat oleh elit politik dan
rangkaian medianya.
Perang
pada 19 Mac 2003 itu bertujuan menggulingkan Saddam Hussein dengan alasan tokoh
politik Baath itu menyimpan "senjata pemusnah besar-besaran".
Hampir
4,500 tentera Amerika terkorban dan lebih 100,000 warga Iraq terbunuh;
sementara jutaan lagi menjadi pelarian.
Iraq
hari ini, berbanding sejarah dan legendanya, tidak lebih daripada sebuah negara
yang disumpah seranah Dewata Mulia Raya dengan 1,001 mala petaka.
Minggu
lalu, seorang wartawan kanan menulis di laman web CNN, media yang terkedepan
mendukung perang ke atas Iraq, dengan nada penuh kecewa dan kesal.
Dalam
artikelnya 'Media's failure on Iraq still stings', Howard Kurtz melampiaskan
rasa kesalnya atas sikap media Amerika yang tidak mempertikaikan tindakan
ketenteraan secukup-cukupnya dan sewajar-wajarnya.
Hos
sebuah rancangan di CNN itu menyifatkan peranan media Amerika menjelang dan
sewaktu perang Iraq sebagai: "the media's greatest failure in modern
times" atau kegagalan terbesar media pada zaman ini.
Tambahnya,
media-media gergasi di negara kuasa besar itu membantu pentadbiran George Bush
melancarkan perang atas alasan yang palsu.
Tulisan
Lain Terpaksa Ditolak
Kurtz
menulis lagi: "All too often, skepticism was checked at the door, and the
shaky claims of top officials and unnamed sources were trumpeted as fact."
Berita-berita
salah dimuatkan, tidak disemak berkali-kali, dalam keghairahan menjual retorik
perang tersebut seperti diludah oleh elit politik negara itu.
Berita-berita
itu juga menyebabkan kita di Malaysia naik menyampah!
Dan
berita-berita yang kritikal atau bernada mempertikaikan alasan perang berkenaan
atau mendesak bukti kukuh, kata Kurtz lagi, sering pula disembunyikan,
dikecilkan atau dibuang sama sekali.
Dalam
bahasanya yang asal: "...pieces questioning the evidence or rationale for
war were frequently buried, minimized or spiked."
Sentimen
seumpama Kurtz ini sedang digeluti pemimpin Harakah, akhbar dwi-mingguan PAS.
Dalam
artikel 'Helah semangat patriotisme di Lahad Datu' dua hari lalu, ketua
pengarangnya meluahkan rasa rimas beliau berdepan dengan sikap hati-hati dan
waspada PAS.
"Saya
kerap diperingatkan agar lebih cermat dan berhati-hati apabila mengulas isu
Lahad Datu. Beberapa artikel yang disumbangkan oleh rakan-rakan, menyentuh
tragedi berdarah di Sabah itu, terpaksa ditolak," catat Ahmad Lutfi
Othman.
"Saya
sendiri mengedit berkali-kali catatan di kolum ini sehingga banyak perenggan
dipotong dan mungkin kehilangan makna asal."
'Kehakiman
pun boleh dikritik'
Editor
politik berpengalaman ini dipesan agar "mengelakkan bahan-bahan sensitif
dan boleh mengundang salah tanggapan" kepada organ PAS itu kerana ada pihak
bimbang-bimbang "ia membawa natijah buruk kepada parti jika Harakah
dilihat merendah-rendahkan pasukan keselamatan."
Dek
demam patriotisme melulu ala di Amerika Syarikat pada 2003, ulasan Dr Abd Aziz
Bari dalam Harakah keluaran Jumaat lalu, kata Ahmad Lufti lagi, ditanggapi
sebagai "usaha memperlekeh tentera dan polis."
"Kalau
badan kehakiman sendiri pun boleh dikritik, apa alasan yang menjadikan
kedua-dua organisasi (tentera dan polis) yang merupakan sebahagian daripada
perkhidmatan awam Persekutuan itu kebal daripada kritikan?" bekas profesor
undang-undang dipetik sebagai berkata.
Ahmad
Lutfi seterusnya mempertahankan kritikan atau pertikaian pengguna media sosial
dalam isu Lahad Datu.
"Saya
perhatikan kebanyakan teguran itu, seperti banyak diluahkan dalam media sosial,
adalah berdasarkan kepentingan awam dan semangat cintakan tanah air."
Kurtz
hari ini terpaksa menelan ludah kegagalan media Amerika dek demam patriotisme
10 tahun lalu, apakah media tempatan akan menurut jejaknya pula sedekad akan
datang?
(Nota
kaki: Pada petang 7 April 1775, Samuel Johnson tiba-tiba melontarkan kata-kata
ini: "Patriotism is the last refuge of a scoundrel.")
(NOTA
: Fathi Aris Omar merupakan Ketua Pengarang Malaysiakini.)
No comments:
Post a Comment