Oleh
: DEBRA CHONG
KUALA
LUMPUR : Agbimuddin Kiram adalah bekas penjawat awam di pejabat daerah di
Sabah, kata jurucakap Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu,
tetapi menafikan menerima kewarganegaraan Malaysia selepas dakwaan dari PKR.
Abraham
Idjirani, Setiausaha Agung ‘Kesultanan’ tersebut, memberitahu media Filipina di
Manila bahawa Agbimuddin pernah bekerja selaku pembantu pegawai daerah di
Kudat, menyokong kenyataan PKR pagi ini, berdasarkan pencarian dari slip gaji
kerajaan Sabah dari arkib negeri.
Idjirani
bagaimanapun mengatakan Agbimuddin — adik kepada Jamalul Kiram III — sebagai
warga Filipina dan tidak pernah menjadi warga Malaysia seperti didakwa PKR.
“Semasa
itu mereka berkata ‘bigyan nyo kami ng IC, sabi ng Sabah authorities kahit
hindi kayo bigyan, kayo ang may-ari ng Sabah’ [berikan kami kad pengenalan,
tetapi pihak berkuasa Sabah berkata jika tidak beri kad pengenalan pun, kamu
memiliki Sabah juga],” kata Idjirani dalam portal berita InterAksyon tengah
hari tadi.
Beliau
berkata keluarga Kiram, yang mahu menuntut semula hak mereka sejak abad ke-17
terhadap negeri utara Borneo yang kini menjadi milik Malaysia, tinggal di Sabah
sejak pembunuhan beramai-ramai Jabidah 1968.
Peristiwa
Jabidah dilaporkan ialah pembunuhan 27 orang Islam Moro yang pada mulanya
dilatih untuk misi rahsia menawan Sabah, dan dibunuh oleh tentera Filipina
semasa pentadbiran Ferdinand Marcos, menurut laporan akhbar The Philippine
Daily Inquirer hari ini.
Idjirani
turut berkata beliau bercakap dengan Agbimuddin pagi ini di mana beliau
terselamat dari terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan
Malaysia hari ini.
"Raja
Muda" yang mengetuai 200 orang puak bersenjata ke Lahad Datu sejak 9
Februari, yang kini menjadi pertempuran ganas dalam usaha mereka menuntut
wilayah mereka.
Idjirani
berkata beliau hanya berdoa dan tidak bersenjata apabila serangan pada 10:30
pagi tetapi dua orang militan terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan
Malaysia itu.
Jacel
Kiram, yang merupakan anak perempuan Jamalul, turut dalam sidang media bersama
Idjirani, yang melaporkan dua orang tersebut melindungi Agbimuddin dalam
pertempuran tersebut.
"Noong
nagkaroon ng encounter, close daw, masyadong malapit, nakita ng tao n'ya
[Apabila serangan tersebut berlaku, ia sangat dekat] untuk membunuh Raja Muda
tetapi orangnya melindunginya dalam serangan tersebut," kata Jacel dalam
kenyataannya.
Idjirani
berkata cuma 166 dari 235 pengikutnya yang ke Sabah bersama Agbimuddin yang
tinggal dan mengulangi permintaan sultan kepada Presiden Filipina Benigno
Aquino III mengambil pendirian tegas ke atas konflik Sabah dan
"menangguhkan sementara kempen pilihan rayanya".
No comments:
Post a Comment