TANPA disedari Puteri Jacel 'Syaitan'
Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram tidak sah. Pada surat
perjanjian di antara Sultan Mohammad Kiram dan North Borneo yang ditandatangani
pada tahun 22 Januari 1878 menyatakan :
"Grant
By The Sultan Of Sulu Of A Permanent Lease Covering His Lands And Territories
On The Island Of Borneo Dated January 22, 1878"
Kasihan Puteri Jacel. Mungkin
selepas ini dia akan dimaki hamun oleh ahli keluarganya sendiri kerana tanpa
disedari Puteri Jacel 'Syaitan' Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga
Kiram itu tidak sah.
Pendedahan dokumen
perjanjian pajakan tanah Sabah di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo
Utara British melalui laman sosial Facebook itu telah menguatkan lagi fakta
bahawa Sabah milik sah Malaysia, kata pakar.
Penganalisis politik, Prof.
Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perjanjian yang diterjemah daripada
bahasa Arab ke bahasa Inggeris itu turut tertera perkataan 'Pajakan Kekal' tanah
Sabah kepada syarikat tersebut yang membawa erti kesultanan Sulu tidak boleh
menuntut kembali Sabah.
Katanya, pada zaman dahulu,
perjanjian-perjanjian pajakan tanah dibuat oleh British menggunakan ayat-ayat
yang merujuk kepada kekal atau selamanya termasuk penggunaan ayat selagi ada
bulan dan bintang.
"Sejarah sendiri telah
menunjukkan bahawa Sabah dan Malaysia kini bukan lagi di bawah jajahan dan
pemerintahan British".
"Pada 1963,
penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak telah memilih untuk menyertai Malaysia
melalui referendum di bawah Suruhanjaya Cobbold 1963 dan penubuhan Malaysia
telah pun berlaku pada 1963 secara rasminya. Tidak ada sesiapa, mahu pun
kerajaan lain yang boleh membuat tuntutan".
Beliau diminta mengulas
tindakan anak perempuan Ketua Pengganas Sulu, Jacel Kiram yang mendedahkan
dokumen perjanjian di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British
bertarikh 1878 melalui laman Facebook.
Perjanjian itu bertajuk
Perjanjian Pajakan Sabah 1878 dengan isi kandungan utamanya: pemberian pajakan
kekal oleh Sultan Sulu meliputi tanah dan wilayah Borneo bertarikh 22 Januari
1878.
Tambah Zainal Abidin, Jacel
boleh mendedahkan seberapa banyak dokumen mengenai Sabah yang dikaitkan dengan
kesultanan Sulu, namun tidak satu pun akan memihak kepada mereka.
Katanya, Sabah sudah rasmi
hak negara ini sejak menyertai Malaysia pada 1963.
Sementara itu, Dekan Fakulti
Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad
berpendapat, perjanjian yang termetera di antara Syarikat Borneo Utara British
dengan Sultan Sulu mengenai pajakan kekal tanah Sabah sudah lama berlalu dan
tidak boleh diguna pakai lagi setelah Sabah menyertai Malaysia pada 1963.
Katanya, mana-mana pihak
kini tidak boleh mempertikai penyertaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia.
"Kesultanan Sulu
sendiri tidak diiktiraf di negara mereka sendiri iaitu Filipina dan sekiranya
di bawa ke Mahkamah Antarabangsa sekali pun, perkara ini tidak akan menjadi kes
untuk dibicarakan," katanya.
MUTLAK SABAH HAK MALAYSIA
SELAMANYA!
THE END
ReplyDelete