KESAL.....HALIM
(kiri) bekas komando VAT 69 yang terbabit Ops Rambo di Sandakan.
Oleh : ASMAH RUSMAN
Kuala Lumpur: “Mereka
mengaku orang Islam dan kita layan mereka dengan baik, termasuk memberi makanan
ketika tempoh perundingan selama dua minggu, Februari lalu.
“Jadi apabila mereka bunuh
anggota keselamatan kita dengan kejam termasuk memenggal kepala dan mencungkil
mata, bagi saya mereka memang tiada peri kemanusiaan, malah lebih kejam
daripada komunis.”
Itu kenyataan bekas Komando
VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (B) Salehuddin Omar, 62,
mengenai pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, yang setakat ini membunuh
sembilan anggota pasukan keselamatan.
Sungguh menyedihkan apabila
mayat sebahagian daripada mereka ditemui dalam keadaan tidak sempurna kerana
kepala dipenggal, mata dicungkil, selain banyak kesan tetakan di seluruh tubuh.
Salehuddin yang beberapa
kali bertempur dengan komunis sepanjang berkhidmat lebih 38 tahun sebelum
bersara pada 2007 berkata, dalam peperangan, anggota yang berjuang memang
terpaksa membunuh musuh.
No comments:
Post a Comment