Monday, 18 March 2013

RAKYAT BERGANDING BAHU PERTAHANKAN NEGARA






KENANGAN.....Datuk V.K Liew bergambar beramai-ramai dengan anggota-anggota  RELA yang turut mengambil bahagian dalam program tersebut.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Gotong Royong bagi membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Cina terletak di  Bukit Merah Jalan Istana dekat ini anjuran RELA mendapat sambutan yang amat menggalakkan di luar jangkaan.

Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong telah mengetuai gotong- royong tersebut bersama seramai 50 orang anggota Rela dan 70 peratus mereka  adalah terdiri daripada masyarakat Islam yang turut serta dalam program tersebut.

Dalam ucapan ringkasnya, V.K Liew antara lain menjelaskan melalui program sebegini menjurus menyuntik semangat rakyat bagi  menjalinkan kerjasama yang intim antara satu sama lain.

"Ini adalah sejajar dengan konsep 1Malaysia di mana  semua kaum yang ada dimuka bumi Malaysia ini tanpa mengira siapa mereka ini harus  sentiasa menanam nilai-nilai murni untuk bersatu padu demi keamanan negara kita,” ujarnya.


Katanya lagi, aktiviti seumpama ini harus diteruskan kerana banyak membawa kebaikan dan bermanfaat kepada setiap golongan sambil menyeru mana-mana pertubuhan, persatuan dan badan-badan NGO agar mengikut jejak RELA yang  begitu proaktif menganjur program yang banyak membawa besar maknanya.

Ditanya mengenai tragedi di Lahad Datu yang hingga sekarang masih bergolak  V.K Liew menyerahkan perkara ini kepada kerajaan khususnya kepada anggota keselamatan agar terus mara ke hadapan untuk membasmi musuh-musuh yang menceboroh negara kita.

"Sebagai negara yang berdaulat kita, memang tidak setuju  negara kita dicabuli atau diceroboh  oleh para pengganas kita akan tentang habis-habisan hingga ketitisan darah yang terakhir,” jelas  Liew yang  begitu bersemangat.

 V.K Liew  menambah, sebagai warganegara yang cintakan keamanan dan kedamaian kita harus menghargai sumbangan dan perjuangan para anggota keselamatan kita di barisan hadapan.

Pasukan Keselamatan kita kini sedang berada di perbatasan menggadai dan mempertarungkan nyawa mereka semata-mata demi mempertahankan negara kita terus diceroboh oleh pengganas yang kononnya untuk menuntut Sabah.

No comments:

Post a Comment