Siapa ini?
Oleh : SANGGAH TUK JANGGUT
BELUM selesai dikaitkan antara
orang yang didakwa di belakang gerakan pengganas menyerang Timur Sabah, Anwar
mencetus satu lagi gelombang seks luar biasa apabila beliau didakwa sebagai
orang yang mirip dalam gambar homoseksual yang sedang beredar secara aktif di
pasaran maya ketika ini. Gambar-gambar tersebut pada mulanya disiarkan oleh
portal online PAS tetapi telah dipadamkan atas sebab-sebab yang tidak
diketahui.
Rakyat Malaysia tidak
terkejut dengan penyebaran gambar-gambar `still’ tersebut kerana dunia hari ini
adalah dunia tanpa sempadan dan didepani dengan sistem langit terbuka dan
rakyat juga tidak terkejut kalaulah benar gambar-gambar tersebut adalah Anwar
yang sedang beraksi dengan seorang lelaki kerana pada yang mengenali Anwar, itu
bukan perkara luar biasa.
Seperti biasa Anwar akan
bangkit dengan wajah tidak keruannya menepis lelaki itu mirip beliau dan akan
menuding kepada UMNO yang kononnya menyerang untuk mengaibkan beliau dan
sekaligus menuduh itu adalah konspirasi UMNO mendedahkan perbuatan jijiknya, seolah-olah
UMNO tidak ada kerja lain selain daripada mencari keluarbiasaan selera seks
beliau.
Sepertimana beliau menuduh
isu liwat beliau dengan Saiful didalangi UMNO dan dikonspirasikan oleh PM Najib
sedangkan Saiful mendakwa kejadian tersebut berlaku bukan masa PM Najib sebagai
Perdana Menteri tetapi sejak zaman Pak Lah lagi. Namun untuk mengabui mata rakyat dan menghina Najib, Anwar
menyalahkan Najib dan tidak menyalahkan Pak Lah.
Tidak mustahil sekiranya
bukan Najib menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menyalahkan Perdana Menteri
ketika itu sebagai dalangnya dan cara Anwar akan menyalahkan sesiapa sahaja
bagi menutup kerakusan beliau untuk berkuasa.
Sedangkan isu liwat, PM
Najib langsung tidak tahu menahu cuma secara kebetulan perbicaraan kes tersebut
berlaku semasa Najib jadi Perdana Menteri. Ironinya sesiapa sahaja yang jadi
Perdana Menteri kalaupun bukan Najib, orang itu akan disalahkan oleh Anwar.
Begitu juga dalam isu Lahad
Datu, sebelum Nur Misuari mengaku sememangnya beliau ada pertemuan dengan Anwar,
Anwar berdolak dalik memberitahu sebelum itu bahawa antara mereka tidak ada
kaitan.
Namun bila didedahkan
gambar-gambar pertemuan tersebut oleh sebuah portal Filipina, Anwar mengakui
tetapi menjelaskan bahawa itu adalah pertemuan biasa. Ini kecekapan lidah Anwar
yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapa di abad ini. Kuat belit mamat ini!
Menuding dan meletakkan
kesalahan kepada UMNO bukan perkara baru termasuklah kes liwatnya dengan adik angkatnya
Sukma satu ketika dulu. UMNO juga dipersalahkan dan nasib baik bukan Najib
Perdana Menteri.
Terpenjaranya beliau selama
enam tahun kerana penyalahgunaan kuasa, UMNO juga dipersalahkan sedangkan
undang-undang tersebut beliau sendiri bersetuju.
Begitu juga kes liwat dengan
Saiful dan paling terbaru bila tersebar gambar-gambar yang dikatakan mirip
beliau, UMNO juga dituding sebagai orang mendalangi rakaman tersebut.
Biarlah
gambar bercerita...!
Begitu juga dengan Islam
Liberal, LGBT dan berbagai-bagai lagi bentuk yang boleh menjadi rakyat dan
negara ini rosak namun Anwar dan para pencacainya bersepakat seandainya timbul
segala bangkangan, UMNOlah yang harus dipersalahkan. UMNOlah yang keji dan DAP,
PKR dan PAS adalah semulia-mulia parti dan dipimpin oleh orang yang tinggi
moral serta budi pekertinya.
Corak politik Anwar ini
cukup jijik dan amat kotor sekali. Seolah-olah ingin memberitahu rakyat bahawa
beliau dizalimi, difitnah dan mahu rakyat yakin bahawa beliau maksum, belau
bukan peliwat, beliau bukan penzina, beliaulah penyelamat negara dan beliau
tidak ada kena mengena dengan insiden pencerobohan Lahad Datu; sedangkan lagu
Sabah Hilang yang beliau nyanyikan memberikan berbagai-bagai tafsiran.
Apa yang berlaku di Lahad
Datu seolah-olah tidak memberikan kesan kepada kumpulan ini dan mereka lebih
memilih untuk terus berkempen di pentas politik dan ada yang mengambil
kesempatan mencerca tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan ketika ini.
Lebih malang lagi bila ada 5
Jeneral yang `gila’ turut mengkritik serta mencerca rakan-rakan mereka yang
sedang berjuang di medan tempur bagi mempertahankan Negara
Ada yang kata kalau 5
Jeneral ini boleh tahan `bontot’ kepada Anwar apalah sangat dengan anak-anak
muda yang baru kenal hidup dan kehidupan, lagi mudahlah digula-gulakan oleh
Anwar dan barua-baruanya.
No comments:
Post a Comment