Tuesday 17 August 2010

SIASAT SALAHLAKU POLIS LABUAN



Saudara Pengarang,


JUTAAN terima kasih sekiranya tuan dapat menyiarkan surat aduan terbuka ini yang ditujukan kepada Ketua Polis Negara berhubung salah laku seorang Penolong Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Labuan, Sarjan Pavinthtran yang telah mencemar imej Polis Di Raja Malaysia seperti surat yang dilampirkan bersama ini.


16 OGOS 2010


Tan Sri Musa Hassan,

Ketua Polis Negara,

Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,

Bukit Aman,

50560 Kuala Lumpur.


Yang Berbahagia Tan Sri,


SALAHLAKU DAN AMALAN RASUAH SARJAN PAVINTHTRAN


Dengan segala hormatnya, kami ingin menarik perhatian Yang Berbahagia Tan Sri berhubung perkara di atas.


2. SUKACITANYA kami memohon jasa baik Yang Berbahagia Tan Sri, demi untuk menjaga nama baik PDRM, kami bagi pihak penduduk Wilayah Persekutuan Labuan ingin membuat aduan kepada Yang Berbahagia Tan Sri berhubung perbuatan Penolong Pegawai Penyiasat, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah, W.P.Labuan, Sarjan Pavinthtran adalah amat keterlaluan dan memalukan.


3. Kesalahan yang dilakukannya seperti berikut :-


3.1 Mengutip wang perlindungan setiap bulan daripada beberapa buah Kelab Malam (semacam Gaji bulanan) antara RM2,000 hingga RM3,000 dan meminta sponsor (wang ringgit) untuk setiap kali perjalanan keluar Labuan.


3.2 Masuk ke kelab-kelab malam sewaktu bertugas dan minum minuman keras serta minta dilayani oleh perempuan (GRO) lalu membawa mereka keluar tanpa membayar walau satu sen pun.


3.3 Sarjan berkenaan juga membuat hubungan sulit dengan seorang perempuan dipanggil Mummy kerana ada kalanya beliau datang ke Kelab Malam setelah Kelab Malam tutup untuk membawa keluar Mummy dan seorang GRO secara senyap kerana takut diketahui oleh tuan punya Kelab Malam dan akan menghantar balik beberapa jam kemudian.


4. Yang Berbahagia Tan Sri, kami sangat menghormati, menghargai dan ingin mengucapkan terima kasih di atas budi dan jasa khidmat PDRM untuk menjaga keamanan dan keselamatan penduduk Labuan khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Namun dengan adanya seorang pegawai seperti ini di dalam perkhidmatan kepolisian, maka akan menjejaskan nama baik PDRM keseluruhannya.


5. Kami percaya Yang Berbahagia Tan Sri dapat membuat penyiasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas penama, kerana ibarat seekor lembu yang membawa lumpur, semua akan terpalit dan janganlah kerana nilai setitik akan merosakkan susu sebelanga.


Sekian Terima Kasih.


“BERSIH CEKAP DAN AMANAH”


Yang Benar,


WARGA LABUAN YANG TERTIPU


s.k.


Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien,

Menteri Dalam Negeri,

Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 PUTRAJAYA


Datuk Abu Kassim Mohammad,

Ketua Pesuruhjaya,

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,

Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 PUTRAJAYA.


No comments:

Post a Comment