Friday, 20 August 2010

ADUAN MENGENAI ABX EXPRESS



Saudara Pengarang,

PADA 18 Ogos 2010, saya membuat pengiriman surat ke alamat: A1009, 10 Floor Block A, Impian Meridian Condominium, Jln Subang 1, USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor menggunakan perkhidmatan kurier ABX EXPRESS, namun sehingga kini belum sampai ke tangan penerima.

Saya amat hairan dengan syarikat kurier ini kerana sebelum ini saya ada buat pengiriman (bungkusan) ke alamat yang sama juga dan sampai pada keesokan harinya, tetapi kenapa surat yang saya kirim ini masih belum sampai?

Lanjutan daripada itu, pagi tadi (20 Ogos 2010) lebih kurang 10 jam pagi saya ke pejabat cawangan mereka (tempat saya mengirim) untuk membuat semakan dan kerani kaunter memberitahu saya bahawa ‘Posmen’ mereka sudah kirim pada 19 Ogos 2010 tetapi penerima tiada di rumah.

Saya tanya lagi, adakah mereka (Posmen) yang hantar sendiri ke tangan pengirim? Jawab mereka (kerani kaunter), "ya, mereka (posmen) sendiri yang hantar ke tangan penerima".

Jawapan tersebut langsung tidak logik kerana bagaimana Posmen dapat masuk ke dalam tanpa pengetahuan Warden? Kemudian saya tanya lagi penerima jika sekiranya benar ada Warden menerima kedatangan Posmen ABX ke alamat berkenaan?

Penerima bertanya Warden sama ada sesiapa dari ABX datang sejak kelmarin atau hari ini untuk membuat penyerahan kiriman? Jawab Warden, "tiada seorangpun posmen ABX pun yang datang kelmarin dan hari ini untuk membuat penyerahan kiriman".

Saya merasa rasa tertipu dengan penjelasan ABX. Kalau begini, bagaimana saya mahu percaya pada mereka (ABX) ini lagi dan sewajarnya Kerajaan membatalkan lesen mereka kerana cuai dan tidak amanah menjalankan tugas?

Danial kesal kerana ABX Express yang kononnya mempunyai 66 pusat pengedaran di seluruh negara menyediakan perkhidmatan penghantaran cepat ke 220 negara mempunyai mutu perkhidmatan lebih buruk daripada SecureExpress yang pernah dilaporkan sebelum ini.


Salam Hormat,

DANIAL BIN ABDUL GANIH

1 comment:

  1. Shit courrier ever..stupid people delivery..he throw my glass into gate..shit u

    ReplyDelete