Sunday 22 August 2010

NOTIS 14 HARI KEPADA AHLI PBS




URUSETIA Persatuan Blogger Sabah (PBS) dengan ini memberi notis selama 14 hari kepada semua ahli yang telah berdaftar secara online untuk mengemaskinikan pendaftaran mereka kerana kebanyakannya tidak mengisi borang dengan betul sehingga laman web atau blog mereka tidak dapat dilayari.

Notis 14 hari ini diberikan bagi membolehkan ahli yang blog mereka dapat dilayari sahaja akan diterima menjadi ahli dan bagi blog yang tidak dapat dilayari, secara automatik keahlian mereka akan digugurkan dan nama mereka akan dipadam dan disekat daripada mendaftar semula.

Sehubungan itu, berikut beberapa panduan yang wajar dipatuhi sebelum mendaftar blog anda kerana ia menjadi pra-syarat untuk menjadi ahli dan mengikuti Mesyuarat Agung yang dijadualkan penghujung tahun ini. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dan notis jemputan akan dihantar melalui email yang tertera.



Bagi ahli yang ingin menghantarkan karya mereka ke Sabahkini.net, sila email terus kepada sabahkini.net@gmail.com untuk disunting oleh pihak editorial sebelum disiarkan.

No comments:

Post a Comment