Wednesday 25 August 2010

JANGAN LUPA TUNAIKAN ZAKAT FITRAH





SEJADAH......Datuk nasir (tengah) diringi Haji Sulaiman Hj Osman (dua kanan) menyampaikan sumbangan sejadah YS sempena majlis itu di perkarangan Masjid Kg.Bukit Lalang Laut, Semporna.

Oleh:ARSHAD HUSSIN

MENTERI Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan umat Islam negeri ini tidak lupa menunaikan rukun Islam keempat aitu membayar zakat fitrah yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Islam yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Nasir menjelaskan, umat Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggugannya ialah individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hariraya; anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari; Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya dan seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Pada tahun ini bayaran zakat fitrah telah ditetapkan RM6.80 setiap seorang umat Islam dan hendaklah dibayar kepada amil-amil yang ditauliahkan oleh kerajaan.

Belau berkata demikian sempena menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Kampung Bukit Lalang Laut dan anjuran Kumpulan Yayasan.

Hadirsama Ketua Pentadbir Zon Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur Selatan, Haji Sulaiman Haji Osman; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Dun Senallang, Haji Tahir Haji Amir; Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Kemajuan Masyarakat(CDO), Roslan Jalaludin; Pegawai Perhubungan Adun Senallang, Haji Zainal Jalaludin serta kakitangan UPKR Senallang.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, menyeru umat Islam khususnya ahli-ahli Jawatankuasa Surau dan Masjid terus mengimarahkan surau dan masjid bukan sahaja di bulan Ramadhan malah ianya hendaklah diteruskan sepanjang tahun.

Selain itu katanya, jawatankuasa masjid dan surau hendaklah melaksana lebih banyak aktiviti perpaduan dan juga majlis ilmu bagi menarik lebih ramai kariah khususnya golongan muda mendekatkan diri ke rumah ibadat.

No comments:

Post a Comment