Monday 23 August 2010

179 KM JLB DISIAPKAN DI SABAH



MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata 179 kilometer jalan raya luar bandar siap dibina di Sabah antara Januari hingga Ogos tahun ini.

Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada jalan sepanjang 750 kilometer yang dicadangkan supaya disiapkan pembinaannya di seluruh Sabah sehingga tahun 2012 di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).

"Setakat ini ia menepati sasaran yang ditetapkan, iaitu memastikan supaya jalan sepanjang 750 kilometer di Sabah dapat disiapkan sehingga 2012. Saya yakin menjelang hujung tahun ini, jumlah jalan yang siap akan meningkat sehingga melebihi 300 kilometer," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis berbuka pausa bersama bersama orang ramai di sini.

Menurutnya antara Januari hingga ke hari ini juga 122 buah rumah disiapkan di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sabah untuk didiami peserta yang layak. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment