Oleh :KREW SABAHKINI NET
CABANG PKR Tenom tidak bersikap pilih kasih kepada anggotanya kerana mereka berhak dicalonkan menjadi Ketua Cabang untuk menerajuI PKR Tenom kerana borang pencalonan sudah tersedia di Pejabat PKR Tenom dan sesiapa sahaja yang berminat untuk bertanding sebarang jawatan, sila datang sendiri ke pejabat untuk mengambil borang tersebut.
Demikian satu kenyataan media dikeluarkan oleh Setiausaha Cabang PKR Tenom, Misery Raisimin.
Bercakap mengenai minat orang orang terpelajar dan cendikiawan untuk berkecimpung dalam politik PKR Tenom, Misery berkata, "Begitulah kita dengar khabar banyak yang berminat dan PKR Cabang Tenom alu-alukan kehadiran mereka sebagai calon untuk menguji bakat masing masing."
Kata Misery lagi, "Kita mempunyai dasar terbuka kepada semua anggota parti yang berminat, PKR amalkan dasar demokrasi mengikut peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan PKR.
Cabang PKR Tenom, kata Misery, tidak mempunyai bidang kuasa mentadbir urus penamaan calon dan pada hari pengundian nanti. Semuanya akan diambil alih oleh Team Pemantau dan Penyelia Pemilihan yang didatangkan khas oleh Majlis Tertinggi Kepimpinan PKR Pusat.
Menjawab satu pertanyaan, Miseri berkata, beliau sudah mengeluarkan 60 borang penamaan calon dan semua calon bolehlah menyerahkan borang mereka pada 29 Ogos 2010 pada jam 9.00 pagi kepada Penyelia dan Pemantau Pemilihan PKR dengan menyertakan RM20.00 (tunai) sebagai bayaran pencalonan dan RM2.00 yuran bagi setiap calon. (Hanya ahli PKR sahaja yang layak bertanding)
Menjawab isu ‘permainan kotor’ dalam kempen pemilihan, Misery berkata, "Amat tidak wajarlah mereka menyebar surat layang berbentuk fitnah, termasuk mengaibkan tokoh tertentu terutama Halik Zaman ke seluruh Tenom sebagai taktik untuk melemahkan calon yang ingin bertanding.”
“Siapa lagi, kalau bukan perbuatan orang yang selalu menganggap dirinya sendiri cerdik, tapi bodoh dan rosak akhlaknya," bidas Miseri.
Apabila Krew Sabahkini mengajukan pertanyaan kepada Halik Zaman, beliau berkata, "Biarlah apa yang dia mahu tulis, tulislah asalkan dia senang hati apa yang dia sudah tulis. Kita serahkan kepada Allah. Allah jua yang akan membalasnya. Doa orang yang difitnah maka balasannya akan segera diterimanya di dunia. Di dunia dia terima bala dan diakhirat dia ahli neraka."
"Tuan bekerja untuk PKR, Tuan berkorban untuk PKR, bukan untuk fitnah orang sebagai pasport untuk menang jawatan. Kalau nak jawatan dalam parti, bersikap ikhlas dan jujurlah pada diri sendiri dan kerja kuatlah, baru gentlemen," jelas Halik dengan senyuman.
Bila diasak satu pertanyaan lagi, Halik enggan mengulas. Katanya, hal budak-budak tidak payah dilayan.
“Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya,” katanya ringkas.
No comments:
Post a Comment