Sunday 22 August 2010

BANJIR KILAT MALUKAN KERAJAAN 1MALAYSIA?




Oleh : TULUN TINARU

SEKALI lagi warga pengguna kawasan tamu pekan Telupid mengesyorkan kerajaan 1Malaysia agar mengambil perhatian mengenai banjir kilat di kawasan tamu pekan Telupid yang kian menjadi-jadi disebabkan parit yang tidak diselenggara.

Menurut seorang peniaga, Richard J, mereka kesal kerana Majlis Daerah Beluran langsung tidak prihatin dengan aduan mereka namun terus memungut sewa walaupun tamu berkenaan seperti kubang babi atau kerbau.

“Parit sepanjang 800 kaki yang siap dibina pada awal tahun ini tidak pernah dibersihkan. Rumput-rumpai, sampah-sarap dan tanah telah menutupi permukaan parit telah menghalang pengaliran air banjir,” ujar Richard yang bertambah hairan kerana pada ketika ini pihak Majlis Daerah Beluran sedang sibuk menambahkan pembinaan gerai-gerai di kawasan tersebut.

Keadaan ini kata Richard, sungguh memalukan kerajaan 1MALAYSIA kerana banjir jelas menampakkan sampah-sarap yang terapung dengan jelas kelihatan oleh pengguna lebuh raya timur barat Sabah.

No comments:

Post a Comment