By : TERENCE NETTO
'THE March of Folly' adalah sebuah buku yang menarik oleh penulis sejarah popular, Barbara W Tuchman, yang seharusnya dianjurkan dibaca oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebelum mesyuarat pentingnya Ahad lalu.
Mereka perlu merenungkan kajian Tuchman tentang ‘kedunguan atau keras kepala’, yang katanya, menjadi penyebab banyak episod bencana dalam sejarah dari Trojan Horse Troy hingga ke Vietnam.
Tuchman menganggap ‘kedunguan atau keras kepala’ itu berpunca daripada dorongan yang kuat untuk bertindak bertentangan dengan kepentingan terbaik untuk diri sendiri dan dalam menghadapi amaran yang mendesak dan alternatif yang sebaiknya.
Itu kemungkinan berlaku jika MPP PKR menyokong syor jawatankuasa disiplin supaya 12 ahli parti yang berpotensi menjadi ketua cabang dalam pemilihan kali ini, digantung kerana peranan mereka memohon untuk menubuhkan Parti Cinta Sabah (PCS) awal Disember lalu.
Mereka mahu menubuhkan PCS apabila pemimpin mereka, Jeffrey Kitingan, tidak terpilih sebagai Pengerusi PKR Sabah Oktober lalu.
Tentu saja Jeffrey, dengan reputasinya melompat parti, seharusnya menghentikan usaha mereka itu tetapi memecah dan melompat parti bukanlah perkara yang dimulakannya di Sabah.
Umno yang menggalakkan tindakan lompat parti di Sabah pada pertengahan 1990-an untuk menggulingkan kerajaan PBS pimpinan Pairin Kitingan. Sesetengah daripada mereka yang terlibat dalam episod sedih itu, kini bersama PKR.
Ini seharusnya diberi perhatian sebagai satu peringatan berhubung kehendak mereka dalam PKR yang mahu tindakan diambil terhadap kumpulan 12 itu.
No comments:
Post a Comment