Saudara Pengarang,
TIBALAH masanya kita sebagai rakyat Malaysia perlu bertindak tegas ke atas PATI Indonesia yang bermaharaja lela di Sabah ataupun Malaysia umumnya. Kita lihat betapa angkuh dan arogannya negara jiran terhadap kita sehingga warga mereka sanggup memijak, meludah dan membakar Jalur Gemilang serta melemparkan najis ke Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.
Kerajaan Indonesia mungkin tidak sedar diri betapa negara kita menguntungkan kantong mereka dengan memberikan begitu banyak pekerjaan kepada warga mereka dan sanggup bertolak ansur dalam semua hal.
Kita lihat begitu ramainya warga Indonesia yang mendapat Kad Pengenalan projek kini kaya raya atas kebodohan pemimpin kita sendiri yang rakus kuasa sehingga sanggup memberikan kerakyatan songsang kepada PATI ini. Bukankah ini akan mengancam keselamatan negara kita?
Lihat sahaja di Tawau, terutamanya kawasan pasar dan Depoh Imigresen Pelabuhan Tawau. Kita seolah-olah berada di Indonesia. Kalau kita pergi ke pasar gantung dan gerai, kebanyakan penjualnya adalah orang Jawa tulen daripada Indonesia.
Dari mana mereka mendapat lesen untuk menjual (martabak jawa)? Dari mana mereka mendapat IC/KPT? Begitu juga di Semporna. Kebanyakan penjual mi bakso, mi sup dan sebagainya adalah benar-benar warga Indonesia yang bangga dengan semangat nasionalisnya sekalipun mereka telah mendapat kad pengenalan projek Malaysia.
Sebaliknya, kita teropong jauh di Indonesia, nasib warganegara Malaysia terutama pelajar dan peniaga kita bagaikan seekor kambing di tengah sekawan serigala yang sering diganggu dan dinista dengan pelbagai kata kesat dan ingin menghalau keluar warga negara kita di sana. Apakah kita terus berpeluk tubuh dengan hanya melihat?
Kita juga mempunyai asas-asas yang kukuh untuk menghalau keluar semua warga Indonesia yang mendapat IC/KPT secara haram. Kita juga mempunyai hak untuk bertanya asal usul mereka. Kita juga mempunyai hak untuk membatalkan permit kerja yang disalahgunakan untuk berniaga dan sebagainya.
Harapan saya, wahai warganegara Malaysia yang masih lena ‘Tidur’ dibuai mimpi indah, ayuh!, bangunlah dan sahutlah seruan ibu pertiwi untuk bertindak ke atas warga Indonesia yang tinggal secara haram atau menggunakan dokumen songsang dengan membuat laporan polis atau mengheret mereka ke balai polis agar mendapat hukuman yang setimpal.
Marilah kita jadikan Tahun 2010 sebagai satu titik untuk kita sedar dan pulangkan balik semua warga Indonesia yang mendapat IC/KPT secara haram dan semua warga Indonesia yang menggunakan permit secara tidak sah untuk menjalankan perniagaan di bumi Sabah. Mudah-mudahan kita dapat meneutralkan balik SABAH dari anasir-anasir luar.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia
ANAK SABAH YANG KECEWA
No comments:
Post a Comment