YAKIN.....MIZMA (kanan berbaju hitam) yakin sasaran Puteri UMNO Silam akan tercapai untuk memastikan Silam kekal 'Fixed Deposit UMNO.
Oleh: SURIATI MAHMUD
PERGERAKAN Puteri UMNO Silam sudah melancarkan gerakan pendaftaran individu berusia 21 tahun sebagai pemilih berdaftar sejak awal tahun ini sebagai gerakan sepanjang tahun dan akan diperkasa melalui beberapa operasi khas.
Ketuanya, Mizma Apehdullah berkata, pihaknya menerima arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Puteri Umno Sabah Musliati Moslimin kelmarin sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
“Setakat ini kita telah menjalankan urusan pendaftaran pemilih secara berterusan sepanjang tahun. Kerja-kerja pendaftaran pengundi baru dibuat melalui pelbagai pendekatan dan acara; malah setiap aktiviti parti, kita buka kaunter pendaftaran pemilih,” ujar Mizma yang menyatakan pihaknya sedia memikul beban tugas mendaftar pengundi muda kerana yakin BN akan terus mengekalkan kesemua kerusi di Parlimen Silam pada pilihanraya umum akan datang.
Sehingga kini, kata Mizma, pihaknya berjaya mendaftar lebih satu ribu ahli puteri yang layak mengundi dan beliau meletakkan sasaran untuk mendaftar 200 pengundi baru setiap bulan.
“Alhamdulillah, setakat ini sasaran kita tercapai,” ujar Mizma yang akan menjurutera semula mekanisme pendaftaran pemilih dan ahli Puteri agar lebih sistematik dan praktikal.
Mizma menyambutkan baik cadangan Puteri UMNO Sabah untuk melancarkan gerakan secara bersepadu bagi memastikan sesiapa yang dianggap layak terutama golongan muda didaftarkan sebagai pemilih.
Mizma turut berharap agar Puteri UMNO Silam dapat menyumbang ke arah menarik lebih 1.9 juta orang Melayu yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih, bukan sahaja di Silam, malah di seluruh Malaysia.
“Kita yakin dapat menambah jumlah ahli 4.3 juta UMNO yang berdaftar sebagai pemilih kerana kita sedang meningkatkan usaha untuk menambah keahlian dan serentak dengan itu kita daftar pemilih baru. Kita harap generasi baru akan faham dan mudah didekati dengan cara Puteri UMNO,” kata Mizma yang berpuas hati dengan gerakan pendaftaran pemilih dan merekrut ahli yang dijalankan oleh Puteri UMNO Silam selama ini.

No comments:
Post a Comment