Friday, 27 August 2010

KDN DIDESAK SIASAT PEMILIK CITY BUS




Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PIHAK kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) disaran menjalankan siasatan berhubung dakwaan bahawa pemilik syarikat pengendali City Bus di bandaraya Kota Kinabalu diragui dokumen pengenalan diri, beradasarkan rekod yang diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seperti yang didedahkan oleh seorang aktivis NGO, Hassnar Ebrahim, bulan lalu.

Berdasarkan butiran carian di JPN yang tersebar luas di internet sebelum ini, pemegang saham syarikat Mustika Enterprise Sdn. Bhd., Jahara Patimbangi tidak mempunyai maklumat kedua ibu bapa, yang memberi tafsiran bahawa wanita tersebut merupakan seorang anak pendatang tanpa izin (PTI).

Jika begitu realitinya, tidak hairanlah ia menimbulkan kesangsian orang ramai tentang bagaimana Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah boleh memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan untuk mendapatkan permit menjalankan perkhidmatan bas di kawasan bandaraya. Pengusaha lain termasuk anak jati tempatan tidak mendapat keisitimewaan seperti itu?

Kerana keraguan terhadap identiti pemilik syarikat City Bus itu, pengusaha anak tempatan meminta KDN melakukan penyiasatan terhadap para pemegang saham dalam syarikat berkenaan.


"Kita minta kerajaan melalui KDN menyiasat perkara itu dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit sekiranya selama ini mereka tidak mempunyai dokumen sah atau mendapatkan dokumen tersebut melalui saluran yang diragui," kata F. Kongkodon, seorang pengusaha tempatan.

Serentak dengan itu, kata beliau, pihak LPKP juga harus menggantung atau menarik balik permit yang diberikan kepada syarikat tersebut jika pemiliknya tidak mempunyai dokumen pengenalan yang betul.

"Sejak perkara itu didedahkan di dalam internet bulan lalu, kita tidak nampak sebarang usaha kerajaan untuk menyiasat apalagi mengambil tindakan. Malah, apa yang berlaku syarikat tersebut seperti diberi keistimewaan yang keterlaluan kerana yang terbaru, mereka telah dibenarkan beroperasi sehingga ke Taman Telipok Ria meskipun menerima bantahan daripada pengusaha sedia ada," tegasnya.

Kongkodon berkata, sekiranya pihak kerajaan tidak teliti dan membiarkan masalah seperti ini terus berlaku, maka tidak harian rakyat di negeri ini akan kehilangan segala-gala yang sepatut menjadi hak mereka.

"Pihak kerajaan termasuk para pegawainya harus berhati-hati kerana sebarang keistimewaan yang diberikan kepada individu yang diragui identitinya, akan menyebabkan rakyat tempatan, bukan sahaja kehilangan peluang tetapi lebih dasyhat lagi, jika akhirnya mereka terpaksa menjadi 'pengemis' di negeri sendiri," katanya.

Beliau juga meragui sikap Datuk Bandar Kota Kinabalu yang mengagung-agungkan syarikat City Bus tanpa beliau mengkaji latar belakang pemilik syarikat berkenaan, yang sebelum ini dikuasai oleh seorang lelaki yang berasal dari Indonesia dikenali sebagai Mustapha Kamal, yang memasuki negeri ini di era pemerintahan parti Berjaya dan ketika itu tidak mempunyai sebarang dokumen, apa lagi memiliki kad pengenalan.

Tetapi setelah lelaki ini berpeluang mendapatkan kad pengenalan, yang sumbernya hanya mereka sahaja yang tahu dan kemudian menjadi ahli Umno dan sehingga ini masih menjadi ahli jawatankuasa Umno Bahagian Sepanggar yang diketuai Jumat Idris.

Yang pastinya, Mustapha bukanlah dari kem Jumat dan dia dipercayai satu-satunya AJK bahagian yang terselamat selepas Jumat mengambil alih teraju kepimpinan baru Umno Sepanggar. Maknanya, Mustapha Kamal bukanlah orang Jumat Idris.

Selepas berlaku pergeseran dengan Jahara Patimbangi, seorang peguam yang disebut sebagai rakan kongsi Mustapha Kamal dalam syarikat City Bus, tetapi sebenarnya Jahara hanya merupakan penyewa permit City Bus daripada Mustika Enterprise Sdn. Bhd. yang kemudian dengan kepintarannya mengambil alih sepenuhnya syarikat tersebut.

Mustapha kini tidak lagi mempunyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut, tetapi Jahara mungkin terhutang budi dengannya kerana kebijaksanaan Mustaphalah terutama melalui kepetahan bercakap dan lagaknya seperti seorang saudagar Melayu, telah menyakinkan Mayor, Datuk Iliyas Ibrahim bahawa syarikat inilah seharusnya diberi monopoli menguasai perkhidmatan bas di dalam bandar atas perkiraan kononnya meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di dalam bandar.

Soalnya, apakah perkhidmatan itu berkualiti jika orang ramai menghadapi kesukaran untuk memasuki pusat bandar atau berasak-asak disumbat seperti ikan sardin di dalam bas?
Ditambah lagi dengan berlambaknya perkhidmatan kereta sapu di dalam bandar seperti cendawan tumbuh selepas hujan, apabila bas mini dihukum untuk tidak memasuki pusat bandar.

Adakah ia ada kaitan dengan komen Mayor, bekas Pesuruhjaya Polis Sabah mengenai masalah kereta sapu ini tidak lama dulu, "biarkanlah mereka, sekarang ini bukan senang nak cari kerja terpaksalah bawa kereta sapu."

Bayangkanlah insan seperti ini jika ditakdirkan menjadi seorang wakil rakyat, menteri atau lebih tinggi dari itu, naik atas bukit, tentulah pengangkutan yang tinggal di bandaraya Kota Kinabalu hanyalah syarikat berlogokan ‘Jahara Patimbangi’ dan perkhidmatan kereta sapu, yang boleh menghantar penumpang hingga ke tangga rumah penumpang.

No comments:

Post a Comment