Thursday 26 August 2010

SETIAUSAHA PKR TENOM NAFI GUNA PATI


TUDUHAN Daniel John Jambun bahawa ada 150 orang PATI dari Sepanggar telah didaftarkan dalam buku pendaftaran anggota-anggota Cabang PKR Tenom adalah dusta dan fitnah semata-mata.

“Kalau Daniel John bukan seorang pembohong, sila datang sendiri pada 19 September 2010 dan saksikan sendiri kehadiran perwakilan atau Daniel John Jambun boleh datang ke Tenom dan periksa sendiri dalam buku daftar dari Pusat,” kata Setiausaha Cabang PKR Tenom, Misery Raihimin petang semalam.

"PKR Pusat hantar 4 orang pemantau. Sesiapapun boleh buat bantahan kalau perkara itu ada berlaku, orang Tenom kenal orang Tenom, Tenom bukannya besar ia sebuah pekan kecil," jelas Miseri.

Kata Misery lagi, "Sikap dan perangai Daniel John Jambul semua orang tahu, suka jadi penyibuk dan suka buat khabar sensasi, fitnah adalah permainannya."

"Gunsibin Yosundang, Pemangku Ketua Cabang PKR Tenom memberi tahu Halik Zaman, bahawa Daniel John menuduh beliau sedemikian petang tadi dan Halik Zaman telah menghubungi saya untuk menjelaskan kebenaran tentang tuduhan Daniel John tersebut," terang Setiausaha itu.

Kata Misery lagi, "Kalaulah tuduhan Daniel John itu memangnya betul, beliau ada cakap begitu, maka saya rasa Daniel John sakit 'sakit mental '. Tapi kalau tidak betul dia cakap begitu, anggaplah satu perkhabaran palsu yang bukan dari percakapan Daniel John.”

No comments:

Post a Comment