Monday, 30 August 2010

12 AHLI PKR DIGANTUNG BOLEH MERAYU




Oleh: SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

JAWATANKUASA Disiplin Keadilan telah membentangkan laporan berhubung kes penubuhan Parti Cinta Sabah (PCS) dan mendapati bahawa kesemua 12 orang yang terlibat adalah BERSALAH dalam membuat pendaftaran parti baru kepada ROS, walaupun kemudiannya telah menarik balik pemohonan tersebut.

Kes ini telah dikemukakan sebagai aduan baru pada bulan Jun 2010 apabila pengadu mendapat pengesahan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Setelah diteliti dan dibincang laporan tersebut, Majlis Pimpinan Pusat Keadilan yang bersidang pada 29 Ogos 2010 telah bersetuju mengesahkan keputusan Jawatankuasa Disiplin Keadilan untuk menggantung 12 anggota Keadilan berikutan aduan penubuhan Parti Cinta Sabah.

Penggantungan tersebut berkuatkuasa dari 4 Januari 2010 hingga 3 Januari 2011.

Namun demikian, Fasal 27.4 Perlembagaan Parti memperuntukkan bahawa kesemua 12 anggota tersebut boleh membuat rayuan kepada Majlis Pimpinan Pusat bermula hari ini dan pihak Majlis Pimpinan Pusat bersedia menyegerakan rayuan untuk dipertimbangkan kerana untuk tidak memprejudiskan penglibatan mereka dalam Pemilihan Parti 2010.

No comments:

Post a Comment