Saturday 28 August 2010

TINDAKAN PUCUK PIMPINAN PKR TEGAS DAN TEPAT



Oleh : KREW SABAHKINI NET

PENGGANTUNGAN Pemangku Ketua Cabang PKR Tenom, Gunsibin Yosundang kerana terlibat dalam penubuhan Parti Cinta Sabah begitu menyukarkan 'rakan baiknya Halik Zaman' kerana Gunsibin adalah calon Ketua Cabang PKR Cabang Tenom seperti yang diaturkan oleh Halik Zaman sebelumnya.

Ketika dihubungi oleh Krew Sabahkini.Net, Halik berkata, "Saya nak buat macam mana kalau itu keputusan parti? Sebagai seorang anggota parti, saya terpaksa patuh dengan perlembagaan parti. Saya terpaksa akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti, walaupun saya rasa ia menjejaskan kemenangan Gunsibin."

Halik berkata, para penyokong Gunsibin terpaksalah beralih arah memberi sokongan kepada Ambrose Mail Mathew yang mendakwa dirinya paling popular, berpengaruh dan sebagai ‘Gergasi’ yang paling ditakuti di Tenom.

"Siapapun Ketua Cabang PKR Tenom tiada masalah, yang penting kemenangan PKR di seluruh Sabah. Sebagai anggota PKR, kita semua mesti taat kepada PKR dan pimpinannya. Kita bukan mahu 'privillege tapi responsibility' yang perlu diutamakan dan ada pada seseorang pemimpin," kata Halik lagi.

Buat sementara waktu, Halik menyatakan beliau belum memikirkan untuk bertanding sebarang jawatan kerana masih mengambil sikap tunggu dan lihat. Lagipun kata Halik beliau terlalu kerdil dalam politik Tenom dan terpaksa berfikir sepuluh kali sebelum menentang gergasi politik.

Bercakap mengenai penggantungan 12 orang anggota PKR Halik menegaskan bahawa ahli perlu mengutamakan disiplin kerana ia menjadi tunjang dalam perlembagaan parti.

Penggantungan tersebut kata Halik, tidak memberi sebarang kesan kepada PKR dan mencabar Daniel John Jambun meneruskan pendaftaran Parti Cinta Sabah jika beliau merasakan dirinya berpengaruh.

“Jika sekarang Daniel John derhaka kepada PKR, tidak ada sebab kenapa dia tidak boleh derhaka sekali lagi kalau dia menang atas tiket PKR/PR PRU13 nanti?"

"Jangan bela hantu dalam rumah, nanti malam hantu ganggu kita dalam tidur nyenyak," kata Halik sambil berseloroh.

No comments:

Post a Comment