Friday 27 August 2010

SALLEH KALBI MP ORGIL?


ORGIL... Tindakan Salleh 'memecat' Chong sebagai tindakan ORGIL @ 'Orang Gila' semata-mata kerana mahu membela Nasri, seorang PATI Indonesia.

Oleh: SURIATI MAHMUD

PENGEKALAN Ahli parlimen paling kontroversi di Sabah, Haji Salleh Kalbi sebagai calon Ahli Parlimen Silam pada pilihanraya umum ke 13 akan memudahkan laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya akibat tindakannya ‘membakar kelambu kerana marahkan seekor nyamuk’ sehingga menyebabkan rakyat memikirkan UMNO tidak lagi relevan di Silam.

Exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Pusat, Citra Masadi menyifatkan Salleh merupakan ahli parlimen BN paling rapuh kerana tidak mampu menyerap tekanan pembangkang yang hanya memainkan isu yang kecil, namun mampu melemahkan jentera UMNO di Silam.

“Salleh terlalu pengecut kerana tidak berani mengheret saya ke mahkamah apabila saya mendakwa bahawa beliau adalah penjenayah kerana menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin,” kata Citra yang tersenyum bangga dengan tindakan Salleh memecat Ketua Pegawai Perhubungannya, Chong Su Vun akibat tindakan Citra menulis Surat Terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia.

Citra menyifatkan Salleh yang sebelum ini pernah menggelarkan Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Kereta Terpakai’ menjadikan Chong sebagai mangsa politik dan kebodohannya sendiri apabila bertindak memecat Chong yang merupakan pegawai paling berjasa dalam membina kerjaya politiknya semata-mata kerana terpengaruh dengan hasutan PATI dan kaum kerabatnya yang juga keluarga PATI.

“Saya langsung tidak kenal siapa itu Chong dan hanya membaca melalui blog dan akhbar yang menyiarkan berita mengenai aktiviti Ahli Parlimen Silam, namun menurut khabar daripada PKR Silam, Salleh menuduh Chong terlibat menyalurkan maklumat sehingga membolehkan saya menulis surat kepada Perdana Menteri,” ujar Citra yang gembira kerana berjaya mengucar kacirkan pertahanan UMNO di Silam.



CUTI.... Pekeliling yang menyatakan Chong bercuti dua tahun menunjukkan Salleh telah menyalahguna kuasa dan melakukan rasuah kerana melantik birasnya sebagai Ketua Pegawai Perhubungan tanpa melalui saluran yang sah.


Citra menyifatkan tindakan Salleh yang mengeluarkan surat pekeliling ADR/P188/S-LDU/Makluman/Klt 1/Bil 003 bertarikh 19 Ogos 2010 kepada semua Jabatan Kerajaan sebagai tindakan 'Orang Sakit Mental' atau 'ORGIL' (Orang Gila) yang terlepas daripada Tanjung Rambutan kerana tidak menurut peraturan dan sebagai tindakan seorang ‘Bacul’.

Kata Citra, Salleh bukan sahaja 'gila' pangkat, malah gila gelaran sehingga sanggup menipu Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia, kononnya beliau adalah 'Duta Keamanan PBB' sedangkan beliau hanyalah 'Duta Keamanan UPF' sebuah pertubuhan NGO yang beribu pejabat di Korea yang tidak diktiraf PBB kerana kebanyakannya 'Duta' yang dilantik ialah mereka yang terlibat dengan 'penentangan terhadap kerajaan yang memerintah'.

Lebih memburukkan keadaan, Citra menyifatkan tindakan Salleh melantik birasnya (isteri mereka adik beradik), Haji Abdul Mohammad Bin Imam Basirun sebagai Ketua Perhubungan yang baru menggantikan Chong yang ‘dipercutikan’ selama dua tahun berkuatkuasa serta merta (19 Ogos 2010) sebagai terjemahan kepada misi Salleh sebelum ini yang mempopularkan cogankata nepotismenya, “1Silam, 1 Famili” kerana keseluruhan pentadbiran pejabat dan projek pembangunannya dikuasai oleh sanak saudaranya sendiri.

Menurut Citra, Salleh adalah ‘Siluman SAPP’ di dalam UMNO kerana menghadiri dan berucap di Majlis SAPP ketika parti itu berada di luar Barisan Nasional sehingga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman membatalkan perlantikan beliau sebagai Pengerusi BN Silam menggantikan mantan Ahli Parlimen Silam, Datuk Haji Samsu Baharun Haji Abdul Rahman.

“Kalau dia mahu melantik Birasnya, hendaklah melalui peraturan yang ditetapkan kerajaan sekalipun jawatan Ketua Pegawai Perhubungan adalah jawatan sementara dan wajar memberi sebulan notis untuk sebarang tujuan penamatan. Bukannya memberi cuti kerana ianya tidak pernah wujud dalam pentadbiran kerajaan,” ujar Citra yang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan kerana Salleh menyalahguna kuasa melantik birasnya sebagai Ketua Pegawai Perhubungan di Pejabatnya, sedangkan gajinya dibayar oleh Jabatan Ketua Menteri.

Menurut siasatan Sabahkini.net, Salleh sebelum ini cuba memperdaya Chong ketika melantiknya sebagai Pegawai Perhubungan sedangkan jawatan Chong sebenarnya ialah Ketua Pegawai Perhubungan.

Jawatan Pegawai Perhubungan hanya menerima gaji RM800, sebaliknya Ketua Pegawai Perhubungan menerima gaji RM1,500 dan hanya melantik Chong sebagai Ketua Pegawai Perhubungan pada 19 Mei 2010 setelah Jabatan Ketua Menteri menyedari kesilapan mereka; namun tidak ada penyelarasan gaji dilakukan.

No comments:

Post a Comment