Sunday 8 August 2010

MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH: GUNSIBIN



Oleh : KREW SABAHKINI.NET

MESYUARAT jentera PRU telah bersidang. Task Force di kampung Melalap, Kemabong, semuanya hadir. Pemangku Ketua Cabang Tenom, Gunsibin Yosundang menasihati semua Task Force PRU Tenom agar terus memberi tumpuan untuk mendapatkan ahli ahli baru PKR.

"PRU akan diadakan pada bila-bila masa. Oleh yang demikian setiap ahli mestilah bersedia memberikan penerangan kepada rakyat tentang kelemahan kepimpinan Kerajaan BN. Permasalahan rakyat di daerah Tenom tidak ditangani oleh wakil-wakil rakyat BN dan rakyat perlu memberi penilaian yang sewajarnya," terang Gunsibin.

Bercakap mengenai pemilihan Ketua Cabang PKR Tenom, Gunsibin yang sekarang ini sebagai Pemangku Ketua yang diiktiraf oleh Majlis Pimpinan PKR Negeri sehingga tarikh akhir pada 19 September 2010, mengumumkan dalam perjumpaan hari ini bahawa beliau akan bertanding sebagai Ketua Cabang PKR Tenom sekaligus melenyapkan spekulasi dan teka-teki perwakilan.

"Membujur lalu, melintang patah dan kita alu-alukan pertandingan secara sihat," ujar Gunsibin lagi.

Bila ditanya oleh Krew Sabahkini.net kepada Halik Zaman, beliau menjelaskan bahawa PKR mengamalkan dasar demokrasi dan tidak mengamalkan dasar ‘main tunjuk’ berhubung pemilihan Ketua Cabang yang terbuka dan dibukakan kepada setiap anggota yang mempunyai hak untuk memilih dan dipilih.

“Tidak ada dalam kamus PKR untuk memberi laluan kepada sesiapa dan ia terpulang kepada hak demokrasi anggota-anggota parti dan hak Gunsibin juga perlu dihormati menerusi prinsip demokrasi,” kata Halik Zaman yang dianggap oleh angota PKR Tenom sebagai 'Pakar Perlembagaan'.

Bila ditanya kenapa keanggotaan beliau terdapat dalam buku pendaftaran keahlian Tenom, Halik berkata bahawa beliau mempunyai hak untuk menyokong pencalonan Gunsibin Yosundang sebagai ketua atau sebarang jawatan yang diminati oleh beliau. Halik sendiri belum berfikir untuk bertanding apa apa jawatan buat masakini.

Ini jelas dilihat dari hubungan persahabatan beliau dengan Gunsibin yang jelas kelihatan paling erat sekali.

Ketika Gunsibin ditanya mengenai peranan yang dimainkan Halik, beliau tidak meragui kejujuran Halik tetapi orang peranan orang tertentu yang tergigit cili padi tetapi meminta orang lain merasa kepedasannya.

No comments:

Post a Comment