Saturday 7 August 2010

PAUL KETUAI PBRS BINGKOR



MANTAP….Paul bersama dengan ahli-ahli parti yang memantapkan bahagian PBRS Bingkor dan AMT yang yang memerhati perjalanan mesyuarat tersebut.

Oleh: ROZIE JUMAT

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.33 Bingkor kini diketuai oleh Paul Mansiw, hasil keputusan dalam satu mesyuarat menggabungkan AJK Bahagian, Pemuda dan Wanita di sini. Ketua Bahagian PBRS Bingkor kosong berikutan mantan ketua bahagiannya telah meletakkan jawatan .

Dalam perjumpaan dengan Presiden parti sebelum ini, AJK Bahagian telah diberi mandat oleh Presiden PBRS untuk membuat keputusan memilih siapa yang mengetuai bahagian tersebut. PBRS Bahagian Bingkor mempunyai keahlian parti seramai 6,000 orang dan pernah diwakili oleh Presiden Parti sebagai Adun dilantik.

Meskipun parti itu ditinggalkan oleh mantan Ketua Bahagiannya namun ahli-ahli parti itu terus menyatakan sokongan padu kepada parti itu malahan keahlian parti itu semakin bertambah .Hanya tiga orang ahli jawatan kuasa bahagian yang menyertai tindakan mantan ketua bahagian itu.

Pemilihan Paul Mansiw, 40 adalah mengikut Artikel 37, perlembagaan parti yang dipersetujui oleh semua ahli yang hadir. Turut dilantik ialah Joseph Sundang, seorang pesara guru sebagai setiausaha bahagian.

Turut hadir memerhati ialah ahli Majlis Tertinggi (AMT), Justin Majiun, Christopher Musa, Rayner Udong, Simpil Andingos dan Vincent Lee. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Paul Mansiw.

Dalam ucapannya selepas pemilihan itu Paul, seorang ahli perniagaan berkata, beliau berterima kasih diatas kepercayaan yang diberikan oleh para ahli yang memberi mandat terhadap beliau untuk menerajui bahagian itu.

EXCO Pergerakan Pemuda Pusat PBRS itu berkata, beliau dan rakan-rakan dalam barisan bahagian akan meneruskan kesinambungan perjuangan parti itu di Bingkor.

“Kita akan menambah lebih banyak keahlian, menarik lebih ramai belia dan aktiviti turun padang yang lebih kerap,” kata Paul.

Kata Paul, sokongan dan kerjasama dari semua ahli PBRS di Bingkor adalah amat pentin g untuk memastikan parti itu terus relevan kepada masyarakat di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment