Friday, 24 February 2012

ADA MUSUH DALAM SELIMUT’

Oleh : YUSOP TEPPO

TERDAPAT ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kinabatangan cuba khianati parti dengan membawa calon-calon luar dan parti pembangkang untuk bertanding pada pilihan raya ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin, mendakwa mereka ini membawa calon-calon dari luar dan parti pembangkang untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Kalau sudah tidak suka dengan parti Umno dan BN, keluar sahaja dari parti bukannya mengkhianati parti sendiri,” katanya.

Pengerusi BN Parlimen Kinabatangan ini turut memberitahu kita tahu mana-mana ahli-ahli Umno dan BN yang mengkhianati parti.

”Kita akan siasat mereka ini yang kita sifatkan sebagai musuh dalam selimut,” katanya ketika merasmikan majlis penyampaian komputer 1Malaysia Parlimen P.187 Kinabatangan di Dewan Sri Lamag, dekat sini kelmarin.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan, Haji Bukhari Yahya; Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan Jafry Ariffin dan barisan kepimpinan BN di kawasan ini.

Bung Moktar berkata mereka ini ibarat bermain wayang di mana mereka ini kalau di hadapannya begitu baik tetapi di belakang mereka ini mengkhianati parti.

”Budaya ini perlu dibendung dan dikenakan tindakan sewajarnya kerana mereka ini tidak setia kepada parti,” katanya sambil menambah akan menyiasat secara terperinci berhubung perkara ini.

Beliau berkata sekiranya mereka ini benar-benar terlibat, kita akan bawa serta kemukakan perkara berkenaan ke mesyuarat tinggi Umno untuk mereka dikenakan tindakan kerana mereka ini tidak lagi mengikut kehendak parti.

”Budaya yang mereka bawa ini telah menimbulkan kekeliruan terhadap kepimpinan serta ahli-ahli Umno dan BN yang lain,” katanya yang turut memberitahu setiap kali ada perjumpaan parti pembangkang atau calon-calon dari luar ini mereka akan berada di sana dan kelihatan memberi sokongan pada perjumpaan itu.

Berhubung kehadiran parti pembangkang di Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar menyifatkan ia perkara biasa di mana kehadiran mereka ini hanya untuk meraih simpati setiap kali menjelang pilihan raya.

”Kita telah bekerja keras untuk rakyat dan rakyat juga tahu serta sedar mana pemimpin yang membawa manfaat kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata BN dan Umno pasti akan dapat mempertahankan kerusi di kawasan ini yang sebelum ini sememangnya milik kita.

”Insya Allah kita akan dapat pertahankan kerana rakyat akan berpihak kepada BN dan Umno sebagai tulang belakang parti,” katanya yang turut menegaskan sesiapa juga calon BN pada pilihan raya akan datang ini pasti akan menang.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut mengulas mengenai sikap kepimpinan Dr. Jeffry Kitingan yang mana disifatkannya sebagai seorang pemimpin yang tidak mendapat sokongan rakyat.

”Rakyat tahu sikap dan perwatakan dia yang mana budaya yang dibawanya tidak tidak mencapai kehendak rakyat di negeri ini,” katanya.

11 comments:

  1. Siapakah ahli-ahli yang dikatakan membawa orang luar untuk dilantik sebagai calon? Harap penyiasatan yang mendalam akan dijalankan untuk mendedahkan mereka yang menjadi musuh dalam selimut.

    ReplyDelete
  2. Perbuatan mengkhianati parti sendiri ini amat tidak profesional, jika diketahui siapa orang yang terlibat lebih baik mereka disingkirkan supaya tidak merosakkan susu sebelaga.

    ReplyDelete
  3. perlu disiasat benarkah wujub pengkhianat2 tersebut, pengkhianat dalaman amat merbahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesama dalam 1 parti jangan la pula ada macam tu.

      Delete
  4. jgn biarkan pengkhianat2 tersebut menghancurkan parti. kesan dan ambil tindakan terhadap mereka.

    ReplyDelete
  5. memang wajar ahli keluar jika tidak setia dengan parti lagi.ini hanya menjejaskan perjuangan.

    ReplyDelete
  6. memang biasa berlaku dekat2 PRU ni. masing2 mahu mencapai kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
  7. teruskan saja dengan siasatan.. kalau benar wujud cubaan mengkhianati parti, ambil saja tindakan pemecatan serta merta.. kalau boleh, tindakan itu perlu diambil sebelum pilihanraya umum..

    ReplyDelete
  8. mungkin ahli2 yang cuba mengkhianati parti ini adalah ahli2 yang bakal tidak tercalon dalam pilihanraya nanti.. maklumlah bukan winnable candidate..

    ReplyDelete
  9. Musuh dalam parti sendiri inilah yang tidak patut diamalkan oleh sesetengah pihak dalam parti.

    ReplyDelete
  10. Apa barang main khianat-khianat. Kalau tidak suka, keluar saja dari parti. Takut hilang kepentingan terus kah? Ceh..

    ReplyDelete