Tuesday 14 February 2012

JAKE 'WINNABLE CANDIDATE' DI PEDALAMAN

Oleh : KENINGAU PRESS

MESKIPUN pilihanraya umum ke-13 masih dalam kesamaran, namun ramai yang telah membuat andaian bahawa ia akan diadakan selewatnya bulan Jun ini sehingga isu pemilihan calon semakin rancak kedengaran.

Baru-baru ini Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) N.34 Liawan, Zachary Kinsik telah membuka mulut secara terbuka agar parti itu diberi peluang dicalonkan di N.34 Liawan dengan mempertaruhkan Ketua Bahagiannya, Datuk Jake Nointen.

Di masa yang sama Umno Keningau juga telah berkali-kali menuntut Parlimen Keningau agar diberikan kepada parti itu. PBS dan Umno adalah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang saling memperkukuhkan kedudukan BN di P.180 Keningau.

Desas-desus juga mengatakan Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan memberi peluang kepada pemimpin PBS untuk dicalonkan kerana beliau dijangka hanya akan bertanding di salah satu kerusi yang diberikan kepada PBS, sama ada Parlimen 180 Keningau atau N.32 Tambunan.

Kawasan Parlimen Keningau terdiri dari 3 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N.33 Bingkor (UPKO), N.34 Liawan (UMNO) dan N.32 Tambunan (PBS).

Presiden PBS itu dikatakan akan memberi tumpuan kepada N.32 Tambunan. Pairin adalah Wakil Rakyat Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau pada ketika ini.

Sumber-sumber tidak rasmi menyebut Pairin didesak di Tambunan untuk memberi peluang kepada Pengasas United Borneo Front (UBF), Datuk Dr.Jeffrey Kitingan sebagai calon Parlimen Keningau atau Tambunan.

Pada ketika itu kedengaran ura-ura Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr.Maximus Ongkili dikatakan bakal menggantikan Pairin untuk salah satu kerusi kuota parti itu di pedalaman.

Namun penyokong Pairin di Tambunan mendesak agar Dr.Jeffrey diberikan peluang. Pendapat mereka dari memberi tempat kepada Maximus, adalah lebih baik diberikan kepada Dr.Jeffrey.

Dikhabarkan Kota Marudu masih memerlukan Maximus tetapi pembinaan rumah beliau di Tambunan menghangatkan keadaan.

Mengikut maklumat akar umbi, Dr.Jeffery lebih berminat kepada perjuangan Agenda Borneo dan kini memimpin Parti Star, parti yang bakal bersaing menentang BN pada PRU akan datang.

Ketika cerita itu mulai memudar, kini terdengar cerita baru yang tidak kurang panasnya kerana nama yang sering disebut-sebut ialah Ketua Bahagian PBS Liawan, Datuk Jake Nointin.

Umum tahu, Jake sering turun padang di kawasan Liawan dan banyak bergerak menemui masyarakat di kawasan itu kerana mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin dari parti komponen, mahupun pertubuhan bukan kerajaan.

Jake juga mempunyai imej yang baik seperti dipaparkan di media masa, terutama sikapnya yang peramah, disukai ramai, popular dan dilihat sebagai seorang pemimpin di masa depan.

Bahkan kedudukan PBS Liawan pada ketika ini semakin mantap di bawah kepimpinan Jake yang sering turun padang. Banyak masalah di peringkat kampung yang telah diselesaikan oleh Jake dan PBS Liawan.

Sebagai seorang Ketua Bahagian, Jake telah memainkan peranan PBS di Liawan dalam memperkukuhkan parti itu termasuk meningkatkan semangat perpaduan dan muhibbah di kalangan parti-parti komponen.

Sebagai seorang pemimpin yang mudah didekati dan cepat menyelesaikan masalah rakyat yang diajukan kepadanya, Jake dianggap sebagai seorang calon yang berpotensi dan dilabel sebagai 'Winnable Candidate' bagi BN.

Namun bagi DUN Liawan, ramai calon berpotensi yang boleh diketengahkan oleh parti masing-masing, tetapi penyandang, Datuk Sairin Haji Karno telah menjelaskan bahawa beliau masih mampu memikul tanggungjawab mewakili N.34 Liawan dan masih berminat meneruskan perkhidmatannya.

Sairin optimis bahawa beliau akan dicalonkan semula dan mustahil Presiden UMNO melupakan Umno N.34 Liawan. Selain Sairin, antara nama yang disebut sebut untuk kerusi N.34 Liawan dari Umno ialah mantan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah, Azman Hj. Ruslan dan Annuar Datuk Ayub.

13 comments:

  1. Harap pemilihan calon untuk setiap parti akan dilakukan dengan baik supaya rakyat akan mendapat pemimpin yang sesuai.

    ReplyDelete
  2. Harap rakyat juga boleh menilai sendiri calon mana yang terbaik untuk kawasan mereka. Pilihlah mereka yang berkelayakan untuk menjadi pemimpin yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang paling penting ialah bila PRU nanti. rakyat undilah pemimpin yang benar2 layak.

      Delete
  3. Hopefully the selection of JAKE is decisive not only for the party, but also for the people.

    ReplyDelete
  4. At the mean time, let's wait for the announcement for the general election

    ReplyDelete
  5. PM pasti akan mengumumkan calon2 winnable tidak lama lagi. semoga yang tercalon tu adalah yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. calon2 yang terpilih harus berusaha untuk menang. good luck.

      Delete
  6. semoga calon yng dipilih benar2 tepat dan terbaik.

    ReplyDelete
  7. Calon yang dipertandingkan pasti calon yang mungkin mendapat sokongan daripada rakyat setempat

    ReplyDelete
  8. Siapa yang akan dicalonkan tidak penting sekarang yang penting tanggungjawab telah dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  9. jika penduduk di kawasan itu yang membuat penilaian ini, barulah penilaian berkenaan dengan winnable candidate ini tepat..

    ReplyDelete
  10. saya harap pemilihan calon nanti dibuat dengan jujur, telus dan bukan atas dasar kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan bukan atas dasar siapa yang melobi dengan banyak.

      Delete