KESTABILAN politik serta kerjasama antara pemimpin dan rakyat di Sabah membolehkan agenda pembangunan yang dirancang oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata ia selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri maju.
"Rakyat perlu bersyukur kerana dapat menikmati keselesaan dan kesejahteraan hidup melalui pembangunan secara berterusan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional," katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2,000 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Sibuga dan Gum-Gum di Sandakan, pada Isnin.
Musa meminta rakyat di Sabah supaya tidak terpedaya dengan angan-angan pihak pembangkang yang ingin menerajui kepimpinan negara.
"Pembangkang tidak mampu membantu rakyat melalui janji kosong," katanya. (BERNAMA)
Kestabilan politik sememangnya satu faktor yang penting untuk memastikan pembagunan negara berjalan lancar. Tidak boleh dinafikan ini.
ReplyDeletememang benar. lihat saja negara2 luar yang sering berperang. tiada pembangunan dan rakyat pun hidup dalam keadaan ketakutan.
DeleteSebuah negara yang mempunyai politik yang tidak stabil, boleh menjejaskan pembangunan rakyat, ekonomi dan lain-lain. Pelabur luar negara juga was-was untuk melabur dalam negara seperti ini.
ReplyDeleteThis is indeed true what has been stated by the CM.
ReplyDeleteAnother way of looking at what the CM is saying is that there is a symbiotic relationship between the leader and the people. Both are crucial for one another in a democratic state.
ReplyDeletesemoga keamanan dan keharmonian di negara kita akan terus berkekalan. rakyat kena bersatu hati dan sentiasa menyokong usaha2 kerajaan.
ReplyDeletekeadaaan politik yang stabil penting kerana ia yang akam memudahkan pembangunan dpt dijalankan.
ReplyDeletejika politik tak stabil, amat sukar pembangunan dijalankan seperti yang berlaku di negara2 bergolak.
ReplyDeleteChief Minister Datuk Seri Musa Aman has advised agencies responsible for the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) in the state, to not keep the recipients waiting unnecessarily during the distribution ceremony.
ReplyDeleteKerajaan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat.
ReplyDeleteMaka kejayaan kerajaan adalah hasil dari kerjasama antara kerajaan dan juga rakyat sendiri. Maka tanpa ada kerjasama semua ini tidak akan berjaya.
ReplyDeletepembangunan tu ada tapi kalau mahu dikatakan 'dilaksanakan dengan jayanya' saya kurang bersetuju.. selagi ada aduan atau rasa tidak puas hati dikalangan rakyat, selagi itu pembangunan yang hendak dibawa oleh kerajaan belum berjaya dilaksanakan..
ReplyDeletenamun saya yakin dengan pentadbiran KM Sabah Musa Aman dan juga selaku pengerusi umno Sabah mampu membawa pembangunan di negeri ini dan dalam masa yang sama memastikan kestabilan politik di negeri ini..
ReplyDeletePemimpin dan rakyat saling bergantungan. Pemimpin kena jaga kebajikan rakyat seterusnya mendapat sokongan padu daripada rakyat.
ReplyDelete